Thursday, February 22, 2018

28Mall.com Tawar RM100,000 e-Angpow

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Platform membeli-belah dalam talian rentas sempadan, 28Mall.com, menawarkan lebih RM100,000 e-Angpow atau HongBao$ (HB$) sempena Tahun Baru Cina, tahun ini.
 
28Mall.com dalam satu kenyataan di sini pada 21 Februari 2018, berkata setiap anggotanya boleh menebus HB$ pada setiap hari untuk berkongsi dengan rakan-rakan mereka di media sosial.
 
"Anggota yang mengirim kepada rakan akan menerima lebih banyak HB$ secara automatik apabila rakan mereka menerima HB$ mereka, semakin banyak mereka berkongsi, semakin banyak HB$ mereka," katanya.
 
Bagi kaum Cina, Angpow merujuk kepada wang hadiah tradisional yang sering diberikan semasa majlis atau sambutan istimewa seperti Tahun Baru Cina.
 
Syarikat itu berkata HB$ hanya boleh digunakan untuk pembayaran dalam talian atau menebus barangan promosi HB$ di 28Mall.com dan tidak boleh dipindah milik.
 
Bagi menggalakkan penggunaan e-Angpow itu, syarikat tersebut telah melancarkan dua tawaran sempena Tahun Baru Cina yang sah sehingga 28 Feb ini.
 
Di bawah tawaran "berkongsi e-Angpow, menang wang tunai" ini, anggota yang berkongsi e-Angpow dengan merujuk kepada jumlah anggota baharu tertinggi akan mendapat wang tunai AS$2 dan HB$ 2.80 bagi setiap anggota.
 
Sementara itu, tiga pembeli dengan perbelajaan tertinggi (berdasarkan jumlah yang dibayar, tidak termasuk baucar) akan menerima kredit ke dompet tunai 28Mall.com mereka.
 
Pengasas bersama 28Mall.com, Fione Tan berkata sebagai portal beli-belah dalam talian dan dagangan bukan talian rentas sempadan, 28Mall.com dapat membantu jenama Malaysia dieksport ke China dan negara lain.
 
"Tidak seperti pasaran lain, 28Mall.com hanya menerima jenama atau pengedar yang sah sahaja untuk memastikan semua produk yang dijual adalah tulen. Supaya pengguna dapat membeli dengan mudah," katanya.
 
Menurut syarikat itu, 28Mall.com telah menarik lebih 300 jenama antarabangsa dan tempatan. Ia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran logistik untuk penjual di serata dunia antaranya ke negara-negara Asean, Hong Kong, China, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Poland.


--BERNAMA

No comments:

Post a Comment