Tuesday, February 27, 2018

DIVERSIFIED GATEWAY BERHAD MENJADI RAKAN NTT COMMUNICATIONS YANG PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK PERKHIDMATAN TERURUS

TOKYO & KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa Diversified Gateway Berhad (DGB) telah menjadi rakan pertama di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan terurus Global Management One (GMOne) NTT Com. Perkongsian ini merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan NTT Com untuk perkhidmatan terurus mereka di rantau itu, selepas Singapura dan Hong Kong. Kedua-dua buah syarikat itu akan memanfaatkan kekuatan yang saling melengkapi untuk menyediakan perkhidmatan terurus yang berasaskan kepada automasi kepada pelanggan perusahaan bersaiz sederhana dan besar di Malaysia.

Perkhidmatan GMOne direka untuk memenuhi keperluan bagi pelanggan perusahaan yang perlu menguruskan sebuah persekitaran ICT yang semakin kompleks dan hibrid. Memanfaatkan sumber global NTT Com, GMOne adalah sebuah penyelesaian global sehenti yang membantu syarikat-syarikat untuk menguruskan ekosistem ICT hibrid mereka, daripada infrastruktur sehingga kepada aplikasi perniagaan dan perkhidmatan perniagaan. Berikutan pemantauan dan pengurusan jarak jauh (RMM) 24x7x365 yang proaktif bagi keseluruhan infrastruktur, GMOne membantu pelanggan memaksimumkan manfaat daripada ICT Hibrid mereka tanpa menjejaskan keselamatan dan kebolehpercayaan.

NTT Com, bersama-sama dengan DGB, memahami keperluan khusus bagi pelanggan domestik serta mereka yang mempunyai kehadiran antarabangsa, dan menyediakan perkhidmatan terurus gred perusahaan yang berpangkalan di Malaysia kepada pasaran Malaysia.

"Malaysia adalah sebuah pasaran yang pesat membangun dan satu daripada pasaran Asia Tenggara yang utama untuk kami," kata Hirofumi Miyama, Naib Presiden Kanan bagi Perkhidmatan Terurus di NTT Com. "Dengan berganding tenaga bersama rakan seperti DGB, yang memahami keperluan tempatan dan boleh membina penyelesaian yang termasuk perkhidmatan kami yang terurus, adalah sesuatu yang kami cari," kata Encik Miyama.

Di bawah perkongsian ini, kedua-dua buah syarikat akan menawarkan penyelesaian yang terdiri daripada perkhidmatan terurus GMOne keluaran NTT Com dan perkhidmatan rangkaian perusahaan dan infrastruktur DGB. Sebagai sebahagian daripada Program Rakan GMOne, DGB akan juga menerima latihan pensijilan yang khusus mengenai perkhidmatan terurus GMOne yang merupakan satu elemen penting di dalam Akademi GMOne. Akademi GMOne adalah sebuah program pendidikan yang khusus bagi Rakan-rakan di mana pasukan jualan dan pra-jualan dapat menerima pengetahuan penting mengenai perkhidmatan GMOne, proses jualan dan pemahaman pasaran.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10884

No comments:

Post a Comment