Wednesday, February 14, 2018

BANK TOKYO-MITSUBISHI UFJ MENGGUNAKAN KOFAX SOLUTION UNTUK MENCAPAI TRANSFORMASI DIGITAL

Perisian Automasi Proses Robotik Kofax Kapow dan Platform Kofax TotalAgility Akan 
Mengautomatikkan Lebih Daripada 2 Ribu Proses Manual Di Seluruh Bank Tersebut Untuk Meningkatkan Keberkesanan Keseluruhan

IRVINE, Calif., 13 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kofax®, penyedia terkemuka perisian untuk meringkaskan dan mentransformasikan First Mile™ perniagaan, mengumumkan pada hari ini bahawa Bank Tokyo-Mitsubishi UFJ, Ltd. (bank tersebut), bank perdagangan subsidiari Mitsubishi UFJ Financial Group, Inc. (MUFG), akan menggunakan Kofax Kapow™ dan platform Kofax TotalAgility® untuk mengautomasikan tugas manual dan mencapai transformasi digital.

Bank tersebut yang merupakan pelanggan Kofax selama lima tahun akan menggunakan Kapow dan TotalAgility untuk menggantikan sistem manual lama dan mengautomasikan lebih daripada 2 ribu proses perniagaan merentasi semua fungsi dalam bank tersebut, yang membolehkan pekerja menjadi lebih produktif dan meningkatkan prestasi keseluruhan.

Kofax Kapow ialah platform automasi proses robotik (RPA) yang mengautomatikkan proses perniagaan menggunakan robot perisian pintar, membantu lebih daripada 550 syarikat, penyedia BPO dan organisasi perkhidmatan perkongsian di seluruh dunia untuk memperoleh manfaat daripada kualiti, kelajuan dan penjimatan kos operasi. Kapow meniru tindakan manusia untuk mengautomasikan pelbagai tugas manual dan berulang serta mendorong peningkatan berterusan. Sokongan bahasa Jepun membolehkan pereka robot, pentadbir dan pengguna perniagaan bekerja dalam bahasa ibunda mereka di platform Kapow.

Struktur unik Kapow mengerahkan semua robot pada pelayan berpusat dan tidak memerlukan infrastruktur desktop maya (VDI) yang mahal seperti vendor RPA lain. Robot pintar ini berinteraksi secara lancar dengan aplikasi, mencetuskan tindak balas dan berkomunikasi merentas sistem syarikat, tapak web dan aplikasi dekstop. Robot Kapow boleh digunakan tanpa pengekodan rumit atau kitar pembangunan yang panjang, justeru mempercepat pengerahan projek dan meningkatkan ROI.

Kofax TotalAgility ialah platfrom transformasi digital bersatu yang mendigitalkan titik sentuh penting merentasi proses pelanggan bernilai tinggi, seperti memperkenalkan syarikat kepada pelanggan bank baharu, dan mempercepat proses tersebut untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih positif dan meningkatkan kesetiaan pelanggan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10859

No comments:

Post a Comment