Saturday, February 3, 2018

PASUKAN CHINA - PASUKAN PERLUMBAAN DONGFENG MENANG DI PELABUHAN VICTORIA DALAM PERLUMBAAN LAUTAN VOLVO 2017-18

Hong Kong, China, Feb.2, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pusingan ke-4 dalam Perlumbaan Lautan Volvo 2017-18 dari Melbourne ke Hong Kong telah berakhir, tujuh pasukan tiba di Hong Kong, China. Pasukan China - Pasukan Perlumbaan Dongfeng akhirnya meraih yang kedua dalam persaingan sengit itu, dengan menjadi satu-satunya pasukan yang mendapat penganugerahan untuk kali keempat berturut-turut sehingga kini. Di Hong Kong, Pasukan Perlumbaan Dongfeng juga memenangi Grand Champion dalam perlumbaan di pelabuhan.

28 Januari, selepas perlumbaan di pelabuhan selesai, Ketua Eksekutif bagi Hong Kong, Puan Carrie Lam, datang melawat ke Pavilion Dongfeng di Terminal Kai Tak Cruise, untuk bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin-pemimpin di Dongfeng Motor Corporation dan krew pasukan perlumbaan Dongfeng. Beliau berharap pasukan perlumbaan Dongfeng - Pasukan China dengan jumlah krew rakyat China yang paling ramai, boleh menang untuk negara itu. Sementara itu, beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Dongfeng Motor Corporation di atas usaha mereka memupuk bakat-bakat pelayaran kelas luar pesisir bertaraf dunia untuk China melalui perlumbaan ini.

Semasa mereka berada di Hong Kong, Dongfeng Motor Corporation, sebagai penaja bagi Pasukan Perlumbaan Dongfeng, telah mengadakan satu siri aktiviti pertukaran dengan selebriti perniagaan tempatan, rakan strategik mereka, peniaga dan rakan media dari Hong Kong dan Asia Tenggara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10822

No comments:

Post a Comment