Saturday, February 3, 2018

UNISYS MERAMALKAN KEMAJUAN DI DALAM TEKNOLOGI BIOMETRIK, KECERDASAN BUATAN UNTUK MENGUBAH BAGAIMANA ORGANISASI PERKHIDMATAN KEWANGAN MELIBATKAN DIRI DENGAN PELANGGAN

SYDNEY, Australia, 1 Feb. 2018/Medianet International-AsiaNet/

----Kemajuan di dalam pengesahan dan teknologi chatbot berkuasa AI untuk membolehkan perkhidmatan pelanggan dan keselamatan yang lebih baik di tengah-tengah transformasi industri

SYDNEY, 1 Februari, 2018 – Kemunculan syarikat permulaan Fintech dan kecerdasan buatan (AI) yang dikuasakan oleh suara telah mengubah jangkaan orang ramai kepada perbankan. Akibatnya, organisasi perkhidmatan kewangan akan memanfaatkan kemajuan di dalam teknologi keselamatan dan ramalan untuk meningkatkan kecekapan dan ketangkasan mereka dan akhirnya memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik, terutamanya memberi manfaat kepada bank-bank yang bersaiz kecil dan sederhana yang ingin mengubah cara mereka ke pasaran, menurut satu set ramalan baharu dari pakar-pakar di Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS).

"Kami melihat pengalaman pelanggan sebagai titik pembezaan yang utama bagi strategi perbankan digital bank," kata Eric Crabtree (http://www.unisys.com/industries/financial-services/thought%20leader/eric-crabtree-id-2822), ketua global bagi Perkhidmatan Kewangan Unisys. "Pelanggan pada hari ini bergantung pada peranti mudah alih mereka untuk ke bank ketika mereka bergerak, sementara penggodam utama mencetuskan kebimbangan keselamatan." Kami melihat suatu peralihan di dalam tahun-tahun akan datang di mana bank-bank bergerak ke arah satu model perniagaan yang lebih bersepadu, saluran semua arah yang membolehkan pelanggan membayar bil, memohon bagi gadai janji, atau membeli barangan dan perkhidmatan di mana sahaja – ketika menggunakan kaedah pengesahan baharu untuk memastikan data orang ramai dilindungi."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10823

No comments:

Post a Comment