Thursday, February 8, 2018

BERDAKWAH DI BUMI MATAHARI TERBIT JEPUN

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Pada 10-14 Januari 2018, seramai 42 orang pelajar KUIS bersama seorang pensyarah pengiring telah mengadakan travelog dakwah di bumi  matahari terbit Jepun dengan kerjasama Caravan Serai Holidays dan Persatuan Muslim Jepun. Ia merupakan program di bawah subjek Dakwah dan Pelancongan dari Jabatan Dakwah dan Usuluddin. Silibus yang diketengahkan adalah mengenai pelancongan sama ada dalam mahupun luar negara terutamanya aplikasi dalam berdakwah. Diiringi niat murni dalam membawa pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengorak langkah mempraktikkan dakwah di Jepun.
 
Antara tujuan program ini dijalan adalah malahirkan pelajar dakwah yang lebih aktif dalam pembentangan dan pengurusan seminar yang dijalankan,mempromosi KUIS kepada masyarakat umum , meningkatkan pengetahuan berbentuk intelek dan kerohanian , mempelajari adat resam serta budaya rakyat bukan Muslim di Jepun.
 
 Program  penting yang dilaksanakan di sana adalah Seminar Dakwah Antara Budaya 1.0 bertempat di Masjid Kobe, Jepun. Sebanyak 44  pembentangan telah dibahaskan dalam seminar tersebut. Dalam pelancongan ini juga  pelajar di berikan latihan untuk “street dakwah” di kawasan yang dilawati dan beramah mesra dengan rakyat Jepun.
 
Menurut Adam , pengembaraan yang bernilai tinggi adalah pengembaraan yang dilakukan kerana Allah, semakin tunduk kepada Allah. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak yang dipelajari, semakin jelas kebesaran Allah. Semakin lama dan jauh pengembaraan, semakin akrab ikatan persaudaraan sesama Islam. Dan semua nilai ini beliau dapat  rasakan sepanjang program Travelog Dakwah Di Bumi Matahari Terbit.
 
Program travelog dakwah ke Osaka memberi sejuta makna pada diri saya.Saya belajar erti bangkit mencari pengalaman dalam sulit akhirnya  Allah SWT  memberi kenangan yang manis.Pelbagai ilmu telah saya bawa pulang bersama dari segi akhlaknya,peraturannya dan pelbagai contoh tauladan yang masih menggamit jiwa. Moga ibrah yang besar ini memberi makna yang indah di awal tahun ini.Ujar Nur Zawani bt Zakaria.
 
Sumber: Kolej University Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

UNTUK MAKLUMAT, LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Ust. Safinah Binti Ismail
Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dengan Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
Emel: safinah@kuis.edu.my

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment