Saturday, February 24, 2018

MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

200 KAKITANGAN PAAB IKRAR BEBAS RASUAH

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Seramai 200 kakitangan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan hari ini mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen melaksanakan tugas dengan penuh amanah, menjauhkan daripada rasuah dan salah guna kuasa.
 
Lafaz ikrar tersebut diketuai Ketua Pegawai Eksekutif PAAB Mahadzir Mustafa sambil disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Razaliah Abdul Rahman dan Pengerusi PAAB, Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali.
 
Menurut Mahadzir, lafaz ikrar ini membuktikan komitmen PAAB untuk menyokong penuh idea pemantapan etika dan integriti di dalam pengurusan syarikat memandangkan teras utama penubuhan syarikat sejak 2006 adalah untuk membangunkan dan menyelenggara aset-aset air negara bagi mendukung matlamat pembangunan lestari industri air negara.
 
Katanya, sehubungan itu, IBR ini akan mengukuhkan lagi pelaksanaan prinsip kerja berintegriti dalam kalangan kakitangan PAAB disamping menjadi peringatan kepada semua warga kerja supaya menjauhi gejala rasuah. Tegas beliau, pihak pengurusan PAAB tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana staf yang terlibat dalam perbuatan serta kesalahan jenayah rasuah.
 
“Langkah ini sekali gus dapat memberi mesej kepada masyarakat bahawa usaha membenteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksekutif SPRM semata-mata, sebaliknya ia merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh kita semua bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika berucap dalam Majlis Menandatangani IBR di ibu negara.

Sila klik di sini untuk muat turun Foto :
https://drive.google.com/open?id=1zpC9q5nyDukVljcP7myTHN_obhsx7pjo
https://drive.google.com/open?id=1VAk9WdtB7aJe2HlHbCE4Mk6ZqXAbYd-V
https://drive.google.com/open?id=1C6YuypF6jrOZ2JSemBDHUJeElPauaE4Q

Sumber : Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Khairil Amri Tajuddin
Corporate Communications
Pengurusan Aset Air Berhad
Tel : DID : +603 2614 5535 / Mobile : +6017 4060717
Faks : +603 2614 5588
Emel : khairil@paab.my

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment