Saturday, February 3, 2018

PLATFORM KRIPTO ZLOADR MENINGKATKAN KEBOLEHCAPAIAN GLOBAL DENGAN PILIHAN BAHASA BAHARU

LONDON, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform penerbitan kripto yang terkemuka Zloadr telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan satu pemilihan isi kandungannya yang popular dan peranti dalam talian di dalam pelbagai bahasa alternatif dalam masa terdekat. Dalam usaha untuk meningkatkan kebolehcapaian global bagi Zloadr dan merapatkan jurang yang ketara di antara maklumat dalam talian dan peniaga antarabangsa, aspek-aspek khusus bagi platform itu dijangka disediakan dalam bahasa Sepanyol, Jerman, Portugis, Perancis, Itali, Indonesia, Rusia, Cina dan Jepun, di antara bahasa lain.

Berita mengenai dedikasi berterusan Zloadr untuk meningkatkan kehadiran, penglihatan dan kebolehcapaiannya di peringkat global, tiba pada masa apabila minat di dalam teknologi mata wang kripto dan lejar digital atau blockchain semakin meningkat di seluruh dunia. Ini menunjukkan satu keperluan yang berkembang bagi platform seperti Zloadr untuk memperluaskan perkhidmatan antarabangsa mereka bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, serta kemestian, keperluan, dan keutamaan bagi pangkalan pengguna yang semakin meningkat.

Banyak negara kini memperlihatkan tanda-tanda bahawa mereka sedang menghala ke arah satu masa depan kripto. Di Sepanyol, mata wang kripto Dash (DASH) telah menjalin kerjasama dengan Bitnovo untuk membawa mata wang kripto kepada lebih daripada 10,000 peruncit Sepanyol; di Portugal, baru-baru ini diumumkan bahawa tiada cukai akan dikenakan ke atas keuntungan kripto; di Rusia, bank pusat itu telah mencadangkan suatu mata wang kripto multinasional; di Jepun, mata wang kripto dengan cepat digabungkan ke dalam budaya negara itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10825

No comments:

Post a Comment