Thursday, February 22, 2018

LEGAL & GENERAL UMUMKAN PERKONGSIAN BAHARU DENGAN RAKAN TEKNOLOGI SLICE LABS UNTUK MENGELUARKAN INSURANS PERKONGSIAN RUMAH 'ATAS PERMINTAAN'

LONDON, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Legal & General, kumpulan perkhidmatan kewangan FTSE 100 dan pembekal insurans rumah yang terkemuka, hari ini mengumumkan satu perkongsian teknologi baharu dengan Slice Labs Inc dengan tujuan untuk menawarkan saranan insurans perkongsian rumah atas permintaan yang baharu untuk pelanggan.

Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan satu peningkatan di dalam populariti insurans atas permintaan yang membolehkan pelanggan untuk menggunakan sebuah aplikasi mudah alih untuk membeli insurans bagi melindungi barangan peribadi, kereta, atau rumah mereka apabila berada dalam keadaan ‘berisiko’.

Insurans atas permintaan menawarkan fleksibiliti perlindungan yang mudah dan sesuai kepada pelanggan untuk membeli dan membayar hanya untuk apa yang mereka perlukan dan apabila mereka memerlukannya.

Perkongsian dengan Slice Labs Inc itu merupakan satu lagi langkah di dalam komitmen Legal & General untuk melabur di dalam teknologi baharu dan berhasrat untuk menggunakan platform Slice Labs Insurance Cloud Services™ (ICS) untuk mengeluarkan insurans perkongsian rumah atas permintaan dan produk lain kepada pelanggan mereka. Ditubuhkan pada Oktober 2015 Slice Labs menyediakan penawaran insurans yang khusus untuk kos perkongsian rumah.

Kedua-dua syarikat itu sedang bekerjasama dalam membangunkan aplikasi web dan mudah alih, serta menggunakan data besar, AI, dan pembelajaran mesin bagi membangunkan produk perkongsian rumah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10872

No comments:

Post a Comment