Tuesday, February 20, 2018

MCDONALD'S MENGUMUMKAN KOMITMEN GLOBAL UNTUK MENYOKONG KELUARGA DENGAN FOKUS DIPERTINGKATKAN PADA HAPPY MEALS

Syarikat meluaskan komitmen dengan Alliance for a Healthier Generation dengan menetapkan matlamat berani dalam 120 pasaran di serata dunia untuk mengembangkan menu Happy Meal

OAK BROOK, Ill., 19 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, McDonald’s (NYSE:MCD) mengumumkan komitmen yang diluaskan kepada keluarga, menyokong pelan pertumbuhan jangka masa panjang syarikat dengan mengumpil capaiannya untuk memberi kesan kepada makanan kanak-kanak, akses kepada aktiviti pembacaan dan mengekalkan keluarga bersama menerusi Ronald McDonald House Charities. Menjelang 2022, McDonald’s akan melakukan pembaikan bagi menu Happy Meal merentas 120 pasaran untuk menawarkan makan yang lebih seimbang, bahan yang mudah, sentiasa jelas dengan maklumat nutrisi Happy Meal, memperkukuh pemasaran yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak, serta mengumpil pemasaran inovatif untuk membantu memberi kesan bagi pembelian makanan dan minuman yang mengandungi kumpulan makanan yang disyorkan dalam Happy Meal.

“Kami mengenalpasti peluang yang kami miliki untuk menyokong keluarga sebagai satu daripada restoran yang paling kerap dikunjungi di serata dunia, serta kekal komited untuk mempertingkatkan makanan kami, meraikan keseronokan membaca dan membantu mereka yang memerlukan menerusi Ronald McDonald House Charities,” ujar Steve Easterbrook, Presiden dan CEO McDonald’s.  “Dengan saiz dan pengaruh kami, kami berharap tindakan ini akan memberikan lebih pilihan kepada para pengguna dan akan memberi manfaat secara unik kepada berjuta keluarga, yang merupakan langkah penting ketika kami membina McDonald’s yang lebih baik.”

Pada 2013, McDonald’s bermula bekerjasama dengan badan tanpa keuntungan Alliance for Healthier Generation (Healthier Generation) untuk membangunkan pelan menyeluruh untuk 20 pasaran utama* untuk meningkatkan akses pelanggan kepada buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu rendah lemak dan air; dan kebanyakan daripada pasaran tersebut mendahului jadual dalam kemajuan mereka melaksanakan komitmen utama tersebut.

Hari ini, syarikat meneruskan lagi usahanya bersama Healthier Generation untuk menetapkan lima Matlamat Global Happy Meal baharu sehingga 2022.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10867

No comments:

Post a Comment