Monday, February 19, 2018

​PAPERCUT MENGELUARKAN VERSI 18.0 DENGAN BILIK CETAK, KEUPAYAAN FAB LAB

Pelanggan pendidikan, perkhidmatan profesional dan komersial kini boleh menguruskan keupayaan pengeluaran khusus dan pencetakan 3D di bawah satu penyelesaian yang mudah untuk digunakan.

MELBOURNE, Australia, 15 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PaperCut, syarikat perisian global, pada hari ini mengumumkan ketersediaan umum untuk perisian PaperCut MF v18.0 , membawa pencetakan pengeluaran khusus dan pencetakan 3D di bawah satu penyelesaian perisian yang mudah untuk digunakan. Pentadbir dan pengendali boleh menguruskan semua tugas khusus dengan mudah, sambil memanfaatkan ciri pengurusan kos, keselamatan dan pengecaman pengguna PaperCut yang berkuasa dengan keupayaan Tiket Tugas yang baharu.

Kemas kini ini menyambungkan bilik cetak dan fab lab di institusi pendidikan, organisasi undang-undang, kerajaan setempat, organisasi komersial dan hospital dengan sistem pengurusan cetak PaperCut. Keupayaan Tiket Tugas membenarkan pengendali menerima penghantaran tugas pencetakan khusus dan 3D, seperti pemotongan laser dan pengeluaran prototaip dan menjejakinya menerusi proses pengeluaran sambil berkomunikasi tentang status dengan pengguna yang memintanya.

“Sehingga kini, ketiadaan sambungan antara penyelesaian pencetakan umum dan khusus pelanggan kami - seperti bilik cetak dan fab lab 3D - telah menjadi beban yang merugikan masa dan wang mereka,” kata Chris Dance, pengasas bersama dan CEO PaperCut. “Untuk menyelesaikan masalah ini, kami mencipta penyelesaian mudah yang akan meningkatkan pilihan kawalan, keselamatan dan bayaran pencetakan khusus mereka.”

Kerana ciri ini jatuh di bawah perisian sama yang individu gunakan untuk menguruskan pencetakan awam pejabat, pengguna tidak perlu menyediakan profil berasingan atau disahkan semula untuk menghantar permintaan cetak, menjejaki kemajuan dan menyerlahkan soalan atau perubahan minit terakhir kepada pengendali. Ini membenarkan pengendali mengurangkan masa terluang untuk menguruskan proses—yang selalunya secara manual dan mengambil masa—dan memberikan lebih masa memacu adopsi perkhidmatan mereka dan menghantar produk berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10863

No comments:

Post a Comment