Saturday, February 3, 2018

FIRMA BESAR LITIGASI MENGUMUMKAN TUNTUTAN MAHKAMAH BAGI PIHAK PEMEGANG SAHAM STEINHOFF; TUNTUTAN TERMASUK DELOITTE SEBAGAI DEFENDAN BERSAMA

DUBLIN, Ireland, 31 Jan. 2018 /Medianet International-AsiaNet/ --

BarentsKrans, satu daripada firma undang-undang litigasi massa yang terkemuka di Eropah, telah memulakan prosiding undang-undang bagi pihak pemegang saham Steinhoff International Holdings N.V. yang terkilan dengan tuntutan yang termasuk akauntan Deloitte sebagai defendan bersama.

Tuntutan oleh BarentsKrans itu akan dijalankan di Belanda dengan pemegang saham Steinhoff dari seluruh dunia layak untuk mengambil bahagian. Ia adalah susulan daripada  pengumuman oleh Steinhoff pada Disember tahun lepas bahawa akaunnya perlu dinyatakan semula, yang menyebabkan harga saham mereka jatuh menjunam sebanyak 80 peratus.

Pemegang saham yang membeli saham di dalam Steinhoff atau entiti pendahulunya Steinhoff International Holdings Limited di antara 26 Jun 2013 dan 6 Disember 2017 kini boleh mendaftar untuk mengambil bahagian dalam kes itu di http://claimsfundingeurope.eu/projects/steinhoff/

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10819

No comments:

Post a Comment