Friday, February 2, 2018

MORI BUILDING DAN TEAMLAB AKAN MELANCARKAN "MORI BUILDING MUZIUM SENI DIGITAL TEAMLAB TANPA SEMPADAN" DI ODAIBA, TOKYO PADA MUSIM PANAS INI

—  Muzium yang berinovatif itu dijangka menjadi destinasi pelancongan yang memprovokasikan minda —
 
TOKYO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mori Building, sebuah pemaju bandar yang terkemuka di Tokyo, dan kolektif seni teamLab hari ini mengumumkan bahawa mereka akan bersama-sama membuka "MORI Building MUZIUM SENI DIGITAL teamLab Tanpa Sempadan", sebuah muzium seni digital yang berskala penuh di kompleks Palette Town di Odaiba, Tokyo pada musim panas 2018. Konsep muzium yang serba baharu itu adalah satu inisiatif kolaboratif di antara Mori Building, sebuah penyokong terkenal bagi kebudayaan dan kesenian, dan teamLab, sebuah kumpulan kreatif antara disiplin yang memaksimumkan teknologi digital untuk menzahirkan seni.
 
Muzium itu, kemudahan terunggul dan pameran tetap yang pertama bagi teamLab di Tokyo, akan mempunyai ruang lantai labirintin yang luas 10,000 meter persegi. Perkataan "Tanpa sempadan" mengungkapkan matlamat muzium itu untuk merobohkan sempadan di antara "satu seni dengan yang lain," "seni dan pelawat" dan "diri sendiri dan orang lain" dengan membolehkan pelawat untuk sebati ke dalam seni itu dan menjadi sebahagian daripadanya. Mori Building dan teamLab berharap muzium mereka yang berinovatif itu akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mewujudkan pandangan nilai-nilai baharu dan kerangka sosial baharu yang berinovatif.
 
Mori Building secara aktif berusaha untuk mengintegrasikan seni di bandar raya, termasuk dengan mengadakan aktiviti kebudayaan yang penting. Dalam pandangan syarikat itu, bandar raya amat memerlukan budaya dan seni untuk mengembangkan kuasa magnet mereka bagi menarik kumpulan orang dan perusahaan yang kreatif dari seluruh pelusuk dunia.
 
teamLab berhasrat untuk menerokai satu perhubungan baharu di antara manusia dan dunia melalui seni. Amalan kolaboratif secara kolektif itu bertujuan untuk membebaskan seni daripada kekangan fizikal dan melampaui sempadan di dalam masyarakat kontemporari, di mana sempadan di antara teknologi dan kreativiti menjadi kabur.
 
Menerusi kerjasama mereka, Mori Building and teamLab berhasrat untuk mewujudkan satu destinasi unik yang meningkatkan kekuatan magnet bagi Tokyo ke arah tahun 2020 dan seterusnya.
 
Maklumat mengenai Mori Building

Mori Building adalah sebuah pemaju bandar yang berinovatif yang berpusat di Tokyo. Syarikat itu komited untuk memaksimumkan kuasa magnet bagi bandar raya dengan mewujud dan memupukkan pusat-pusat bandar yang selamat, mapan dan kosmopolitan berasaskan kepada konsep Bandar Raya Taman Menegak yang unik di pusat-pusat bertingkat tinggi untuk perniagaan, pendidikan, percutian dan kediaman. Konsep itu diterapkan di dalam banyak projek terkemuka oleh syarikat itu, termasuk ARK Hills, Roppongi Hills dan Toranomon Hills di Tokyo dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Mori Building juga terlibat di dalam pajakan hartanah, pengurusan dan perundingan projek. Sila layari www.mori.co.jp/en
 
Maklumat mengenai teamLab
 
teamLab (f. 2001) adalah kolektif seni, sebuah kumpulan antara disiplin yang terdiri daripada ahli ultrateknologi di mana amalan kolaboratif mereka bertujuan untuk mengemudi pertembungan seni, sains, teknologi, reka bentuk dan dunia semula jadi. Pelbagai pakar seperti artis, pengaturcara, jurutera, juru animasi CG, ahli matematik dan arkitek membentuk teamLab.
 
teamLab berhasrat untuk meneroka satu perhubungan baharu di antara manusia dan alam melalui seni. Teknologi digital telah membolehkan kita untuk membebaskan seni daripada sempadan fizikal dan menjangkaunya. Kita melihat tiada sempadan di antara diri kita dan alam; kita berada di dalam yang lain dan yang lain berada di dalam kita. Semuanya wujud dalam satu kesinambungan kehidupan yang panjang, rapuh namun menakjubkan.  
 
Hasil kerja teamLab adalah dalam koleksi tetap bagi Galeri Seni New South Wales, Sydney; Galeri Seni Australia Selatan, Adelaide; Muzium Seni Asia, San Francisco; Muzium Persatuan Asia, New York; Koleksi Seni Kontemporari Borusan, Istanbul; dan Galeri Nasional Victoria, Melbourne.
https://www.teamlab.art/
 
MORI Building MUZIUM SENI DIGITAL teamLab Tanpa Sempadan
Pembukaan: Musim Panas 2018
Lokasi: Palette Town, Odaiba
Alamat: 1-3-8 Aomi, Koto-ku, Tokyo,
Ruang lantai: kira-kira 10,000 meter persegi
URL: https://www.teamlab.art/e/borderless/
 
Hubungi
Pertanyaan Media
Mori Building:
Weber Shandwick
Rutsuko Nakajima, +81 90 9006 2769
moribldg@webershandwick.com
teamLab: https://www.teamlab.art/contact/

Sumber: Mori Building
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180129005426/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment