SHENYANG, China, 13 Feb., 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --
Pasar
membeli-belah, merasa makanan, mengharapkan tuah yang baik, kuplet...
Pada 6 Februari, koc yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar antarabangsa
dari Universiti Liaoning yang datang dari Rusia, Afghanistan,
Tajikistan, Benin, Kenya serta media tempatan telah mengembara ke Fushun
dan Yingkou. Dari budaya Manchu kepada adat resam kaum Liaohe, setiap
orang merasai keindahan tradisi orang Cina, juga menyambut Tahun Baru
Cina tradisional iaitu Tahun Anjing bersama penduduk tempatan.
Di
kota raya kuno di Hetu Ala Fushun, pelajar-pelajar asing kita telah
menyaksikan persembahan rakyat bagi tradisi Manchu, yang digabungkan
dengan cerita-cerita sejarah dari Hetu Ala untuk mengalami perubahan
keadaan masa. Di Festival Bendera Merah Yingkou, pelajar-pelajar asing
telah mengambil bahagian di dalam acara tradisional Cina iaitu "mengejar
pasaran", menulis kuplet Festival Musim Bunga dan watak-watak Fu dengan
artis-artis tempatan untuk merasai adat resam tradisional Cina Festival
Musim Bunga.
"Ia sangat sibuk di sini. Saya melihat orang yang
bersuka ria di merata-rata tempat. Saya bukan sahaja merasai suasana
Tahun Baru Cina, tetapi juga menikmati pelbagai makanan Cina. Saya
sangat gembira kerana mendapat peluang ini untuk mengambil bahagian di
dalam acara istimewa ini," kata SUSAN KARIMI NJIRU, pelajar Kenya dari
Universiti Liaoning. Beliau menyatakan bahawa beliau amat seronok dengan
'segala-gala yang berbentuk Cina'. Acara ini telah meningkatkan
pemahaman beliau mengenai budaya orang Cina.
Liaoning telah
melancarkan tema "Spa Air Panas & Bermain Salji -- berkunjunglah ke
Liaoning untuk acara Tahun Baru yang Meriah" yang sudah pun diadakan
selama tiga tahun berturut-turut, mencipta dan membangunkan satu siri
produk dan laluan khas yang berkaitan dengan acara tersebut, dan telah
menarik minat ramai orang dan penghargaan terhadap adat resam rakyat di
sini. Kesan jenama bagi pelancongan musim sejuk itu telah mula
menampakkan hasil.
"Liaoning mempunyai sumber-sumber yang kaya
bagi pelancongan musim sejuk. Ia mempunyai budaya rakyat tradisional
Cina yang unik. Kami berada di sini bagi menjemput pelancong-pelancong
dari seluruh dunia untuk datang dan menghabiskan Tahun Baru Cina di
Liaoning!" kata Wang Xiaojiang, Timbalan Pengarah Suruhanjaya
Pelancongan Wilayah Liaoning.
Sumber: Suruhanjaya Pelancongan Wilayah Liaoning
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=306844
No comments:
Post a Comment