Friday, February 9, 2018

C6 INTELLIGENCE MELANTIK PENGARAH URUSAN APAC UNTUK MEMPERLUASKAN PASUKAN ASIA MEREKA

SINGAPURA, 8 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- C6 Intelligence, sebuah syarikat Acuris yang merupakan pemimpin industri di dalam Anti Rasuah, Anti Pengubahan Wang Haram dan Jenayah Siber, hari ini mengumumkan pelantikan Christophe Barel sebagai Pengarah Urusan APAC untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka di Asia.

Christophe Barel menyertai C6 Intelligence pada 15 Januari 2018. Beliau akan memainkan satu peranan utama di dalam strategi pembangunan perniagaan keseluruhan C6 Intelligence di APAC dan mengukuhkan kehadiran syarikat itu di rantau berkenaan.

"Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan Christophe Barel ke dalam syarikat ini kerana pengalaman komersial dan pengurusan beliau yang luas," kata Joel Lange, Pengarah Urusan bagi C6 Intelligence. "Dengan pengetahuan Christophe di dalam industri risikan data, kami yakin bahawa beliau adalah orang yang paling sesuai untuk memimpin perniagaan C6 di Asia ke tahap yang lebih tinggi."

Sebelum menyertai C6 Intelligence, Christophe telah menjadi Pengarah Jualan APAC di Acuris selama 5 tahun, dengan memberi tumpuan kepada perundangan dan pematuhan produk: Laporan Dasar dan Kawal Selia (PaRR), Profil Modal dan Kumpulan Laporan Undang-undang (LRG). Sebelum menyertai Acuris, beliau sebelum ini memegang jawatan di Capgemini, Arkadin dan Altran, di Asia dan Eropah.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10845


No comments:

Post a Comment