Tuesday, February 13, 2018

PROJEK INTEGRASI PENDAFTARAN DAN PELESENAN PERNIAGAAN DI BAWAH PROGRAM BERIMPAK TINGGI 1 PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (SEM HIP 1)

PUTRAJAYA, 12 Feb (Bernama) -- Portal Informasi Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan Setempat ataupun Portal MalaysiaBiz telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2016 dan diluaskan horizon pelaksanaannya ke negeri Sabah dan Sarawak pada tahun 2017. Portal ini memaparkan maklumat pendaftaran perniagaan yang meliputi 10 badan pendaftar perniagaan serta maklumat pelesenan yang meliputi 2919 lesen daripada 508 Pihak Berkuasa Melesen (PBM) di peringkat persekutuan, negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Di bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana 2012-2020, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diberi tanggungjawab untuk menerajui pelaksanaan Program Berimpak Tinggi 1 Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME HIP1): Integrasi Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan yang bertujuan untuk meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan. Objektif utama projek ini adalah untuk mewujudkan satu gerbang tunggal bagi memudahkan urusan pendaftaran dan pelesenan perniagaan.

Portal MalaysiaBiz akan dinaik taraf bagi membolehkan ia menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan pelesenan perniagaan secara online. Sebelum ini, komuniti perniagaan perlu mendapatkan perkhidmatan tersebut dari pelbagai portal agensi yang berkaitan. Melalui Portal MalaysiaBiz, urusan pendaftaran dan pelesenan perniagaan akan dipermudahkan secara berpusat. Projek ini merupakan fasa pertama integrasi yang melibatkan pengintegrasian dengan sistem-sistem agensi yang kini telahpun menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan pelesenan perniagaan secara online. 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10855

No comments:

Post a Comment