Friday, June 25, 2021

ALVIN CHONG, JANNINE WEIGEL, DOLLA, NICOLE LAI, RABBIT MAC DAN JAJA ILIYES MUNCUL BERSAMA PEMINAT DALAM VIDEO MUZIK

Terus membangkitkan semangat rakyat Malaysia melalui inisiatif "We Care"

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) melancarkan satu video muzik yang penuh dengan elemen positif untuk single kolaboratif berjudul “We Care” yang bakal membangkitkan semangat rakyat Malaysia khususnya dalam tempoh sukar dan serba mencabar ini.

Lagu istimewa ini dijayakan dengan hasil kerjasama artis berbakat Alvin Chong, Jannine Weigel, DOLLA, Nicole Lai dan turut menampilkan Rabbit Mac serta kemunculan khas oleh Jaja Iliyes.

Menurut Rabbit Mac, selepas memahami pengertian di sebalik lirik “We Care “daripada rakannya Alvin Chong, dia telah terinspirasi untuk terus menggalakkan orang ramai menyemai rasa cinta dan supaya kekal berharap berikutan kebangkitan semula kes Covid-19.

Lebih menarik lagi, rapper yang memenangi banyak anugerah ini turut merakam lirik rap yang bakal menyuntik semangat positif dengan ‘flow’ atau aliran penuh memberangsangkan.

ALVIN CHONG, JANNINE WEIGEL, DOLLA, NICOLE LAI, RABBIT MAC DAN JAJA ILIYES MUNCUL BERSAMA PEMINAT DALAM VIDEO MUZIK

No comments:

Post a Comment