Wednesday, June 2, 2021

PAMERAN TEKNOLOGI PIKOM KEMBALI LAGI - LEBIH BESAR & LEBIH BAIK, KEMBALI DENGAN BARANG YANG DITAWARKAN DENGAN HARGA MURAH & PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN




KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
PIKOM akan menganjurkan pameran teknologi dalam talian berskala besar yang pertama seumpamanya di Malaysia pada tahun ini. Pameran Teknologi PIKOM adalah sebuah platform digital yang inklusif, disatukan yang merangkumi sebuah tempat pasaran e-dagang, ruang pameran dan jalan untuk memadan dan menemukan perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210531005207/en/

Pameran Teknologi PIKOM adalah sebuah ruang interaktif digital termaju yang membawa pempamer, perniagaan dan komuniti teknologi bersama di dalam sebuah platform tunggal, mengatasi halangan yang dikenakan oleh pandemik Covid-19 yang sedang berlaku. Acara dalam talian itu mempamerkan lebih 20,000 SKU oleh pempamer teknologi dan dijangka menarik lebih daripada 500,000 peserta. Berpangsikan daripada sebuah tempat fizikal kepada ruang digital membawa maksud ahli-ahli dan perniagaan PIKOM boleh berhubung secara langsung dengan pelanggan dan menerokai peluang-peluang baharu.

“Atas sebab tertentu setiap tahun, banyak daripada pengguna kami selalu memberitahu kami bahawa PIKOM PC Fair harus membuat kemunculan semula. Dalam satu cara, Pameran Teknologi PIKOM yang pertama ini adalah hadiah kami kepada peminat PC Fair kami yang setia. Dengan lebih dari 20,000 produk dan perkhidmatan dipaparkan dalam satu platform tunggal, pengalaman itu akan melebihi jangkaan daripada PC Fair sebelum ini,” kata Pengerusi PIKOM, Danny Lee.

Dikuasakan oleh teknologi AI dan Data Besar Fusionex, platform itu akan meningkatkan dorongan ke arah transformasi digital. Dengan peranti pemasaran digital tertanam dan berasaskan prestasi, ciri-ciri penstriman langsung dan keupayaan analitik data, pempamer akan dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lancar dengan disokong oleh wawasan yang dipacukan oleh data yang bermakna untuk mengatasi halangan perniagaan dan operasi yang terhasil daripada krisis semasa.

Hadirin yang log masuk ke acara maya itu akan disambut oleh pelbagai kemudahan digital yang direka untuk meningkatkan pengalaman maya mereka seperti sebuah direktori digital untuk membantu pelayaran dalam talian, petak maya, kempen promosi interaktif dan banyak lagi. Terdapat juga fungsi B2B bagi profesional yang ingin menjalin jaringan di antara satu sama lain. Daripada padanan B2B dan pameran produk maya sehingga kepada permintaan sebut harga dan pilihan pembelian pukal, perniagaan daripada semua jenis saiz mempunyai peluang untuk memperkenalkan penawaran baharu di samping menampilkan perkembangan dan inovasi terbaharu mereka.

“Dunia telah berubah buat selama-lamanya oleh pandemik Covid-19. Perniagaan perlu menyesuaikan diri dengan pantas agar dapat terus mapan dan kekal kental dan bukannya bergantung kepada kaedah usang. Transformasi digital, jika dilakukan dengan teliti, adalah jawapannya. Ia tidak hanya menghapuskan halangan fizikal tetapi merupakan daya penggerak yang menggalakkan inovasi terobosan, merevolusikan ekosistem perniagaan, dan menggalakkan kerjasama di dalam dan di antara organisasi. PIKOM adalah suara bagi industri ICT dan Fusionex amat teruja kerana dapat menjadi rakan teknologi mereka kerana kami berkongsi satu visi yang sama untuk membolehkan perniagaan berkembang pada detik masa yang sukar ini, serta meningkatkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato' Seri Ivan Teh.

Maklumat mengenai PIKOM

PIKOM, PERSATUAN INDUSTRI KOMPUTER DAN MULTIMEDIA MALAYSIA, adalah persatuan yang mewakili industri teknologi di Malaysia. Keahlian mereka pada masa ini berjumlah lebih daripada 1,000 syarikat aktif yang terlibat di dalam keseluruhan spektrum bagi produk dan perkhidmatan teknologi, dan yang menguasai 80% daripada keseluruhan perniagaan teknologi di Malaysia.

Terdapat 5 Cabang di bawah PIKOM: OM; CIO; Keselamatan Siber; E-Dagang: Pelaburan Usaha Niaga. Cabang-cabang ini membantu meningkat dan memacukan iklim perniagaan bagi semua syarikat ahli, bersama-sama dengan menggalakkan pertumbuhan industri sejajar dengan hala tuju / aspirasi kebangsaan Digital Malaysia.

Sebagai Suara bagi Industri Teknologi, PIKOM memikul tugas untuk mengembangkan saiz dan keupayaan bagi industri teknologi di Malaysia dengan mewujudkan peluang-peluang bagi anggota mereka dan juga seluruh rakyat Malaysia untuk memanfaatkan faedah yang ditawarkan oleh kemajuan di dalam teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkara berikut:
  • Mempelopori, mempromosi & menggalakkan pengembangan bagi sumber, kemahiran profesional dan program-program di dalam industri digital dan teknologi di Malaysia.
  • Mewakili industri teknologi tempatan kepada Kerajaan dan sektor swasta di dalam dan luar negara.
  • Menyediakan sebuah platform untuk syarikat-syarikat dan pengguna teknologi untuk bertemu, menjalin rangkaian, belajar dan berkongsi idea untuk membangunkan industri dan meningkatkan aplikasi.
  • Memupuk standard yang tinggi bagi tatakelakuan, perkhidmatan dan prestasi di seluruh industri teknologi.
  • Menggalak dan memasarkan perkhidmatan teknologi tempatan kepada rantau itu dan ke luar negara.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azlina Ishak, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat di azlina@pikom.org.my

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pemimpin teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Pengurusan Data Besar, IR 4.0, Internet Benda, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka yang serba canggih itu adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data.

Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana [PKS]) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga merupakan sebuah syarikat MDEC Pecutan Rangkaian Inovasi Global (GAIN) serta sebuah penerima anugerah MSC R&D MGS.

Laporan Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14598

No comments:

Post a Comment