Tuesday, June 8, 2021

ZOOM MELAPORKAN HASIL KEWANGAN UNTUK SUKU TAHUN PERTAMA BAGI TAHUN FISKAL 2022

· Jumlah hasil bagi suku tahun pertama sebanyak $956.2 juta, meningkat sebanyak 191% tahun ke tahun
· Jumlah pelanggan yang menyumbang lebih daripada $100,000 dalam hasil TTM meningkat sebanyak 160% tahun ke tahun
· Kira-kira 497,000 pelanggan dengan lebih 10 pekerja, meningkat sebanyak 87% tahun ke tahun

SAN JOSE, Calif., 8 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan hasil kewangan bagi suku tahun fiskal pertama yang berakhir pada 30 April, 2021.

“Kami memulakan tahun fiskal dengan suku pertama yang amat kukuh dengan jumlah pertumbuhan hasil tahun ke tahun sebanyak 191% yang digabungkan dengan kebolehuntungan yang kukuh dan aliran tunai. Komitmen kami yang teguh untuk memperkasakan pelanggan agar bekerja dan belajar dari mana-mana sahaja dengan platform komunikasi video kami yang meluas, inovatif dan lancar, terus mendorong hasil kami. Dengan permulaan kukuh ini, kami dengan sukacitanya meningkatkan julat panduan kami sebanyak $3.975 bilion kepada $3.990 bilion untuk tahun fiskal penuh,” kata pengasas dan CEO Zoom, Eric S. Yuan. “Kami juga telah membuka portfolio teknologi kami kepada pembangun melalui SDK video yang hebat dan untuk perniagaan mengembangkan capaian mereka melalui Zoom Events. Kerja tidak lagi bergantung pada tempat, kerja ialah ruang bagi Zoom berkhidmat untuk pasukan anda demi menghubungkan dan mewujudkan idea terbaik mereka. Kami teruja untuk membantu dalam menerajui evolusi kepada kerja hibrid yang membolehkan fleksibiliti, produktiviti dan kegembiraan yang lebih tinggi terhadap hubungan langsung dan maya.”

Sorotan Kewangan Tahun Fiskal Suku Pertama 2022:

· Hasil: Jumlah hasil bagi suku pertama ialah $956.2 juta, naik 191% tahun ke tahun.
· Pendapatan daripada Margin Operasi dan Kendalian: Pendapatan GAAP daripada operasi bagi suku tahun pertama ialah $226.3 juta, meningkat daripada $23.4 juta dalam suku tahun fiskal pertama 2021. Selepas melaraskan perbelanjaan pampasan berdasarkan saham dan cukai gaji berkaitan, perbelanjaan berkaitan perolehan dan penyelesaian litigasi, pendapatan bersih dan bukan GAAP daripada operasi bagi suku tahun pertama ialah $400.9 juta, meningkat daripada $54.6 juta pada suku tahun pertama tahun fiskal 2021. Margin kendalian bagi suku tahun pertama GAAP ialah 23.7% dan margin kendalian bukan GAAP ialah 41.9%.
· Pendapatan Bersih dan Pendapatan Bersih Sesaham: Pendapatan bersih GAAP yang berpunca daripada pemegang saham biasa bagi suku tahun pertama ialah $227.4 juta atau $0.74 sesaham, meningkat daripada $27.0 juta atau $0.09 sesaham dalam suku tahun fiskal pertama 2021.

ZOOM MELAPORKAN HASIL KEWANGAN UNTUK SUKU TAHUN PERTAMA BAGI TAHUN FISKAL 2022

No comments:

Post a Comment