Saturday, June 19, 2021

GLAMHIVE & MARY KAY GLOBAL DESIGN STUDIO MENGUMUMKAN RANCANGAN REALITI TIKTOK GLOBAL PERTAMA SEUMPAMANYA BERDASARKAN KEPADA GAYA - STEP & REPEAT - MEMPAMERKAN BAKAT DALAM PAKAIAN, SOLEKAN & RAMBUT DARIPADA PENGGUNA TIKTOK DI SELURUH DUNIA




Step & Repeat menampilkan bakat bintang-bintang terkemuka, termasuk penggaya selebriti dan pereka kostum Johnny Wujek sebagai hos bersama dengan penggaya selebriti terkenal dunia Nicole Chavez, penggaya rambut selebriti Andrew Fitzsimons, dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bagi Fashion Bomb Daily, Claire Sulmers.


SEATTLE & LOS ANGELES, 18 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Glamhive dan Mary Kay Global Design Studio mengumumkan Step & Repeat, rancangan gaya yang pertama seumpamanya yang dilancarkan di TikTok. Step & Repeat adalah satu pertandingan gaya selama lima minggu dan program bimbingan di mana penggaya pakaian, artis solekan, dan penggaya rambut di seluruh dunia bersaing dalam persekitaran pantas TikTok untuk memacukan kejayaan perniagaan mereka. Pertandingan bertaraf antarabangsa itu dibuka untuk semua dan disiarkan secara langsung pada 22 Jun di TikTok.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210617005552/en/

Komuniti TikTok telah berkembang pada kadar yang luar biasa sejak bermulanya pandemik itu, dan bakat baharu yang unik ditemui setiap hari di platform itu. Yang paling bercita-cita tinggi menggunakan populariti mereka untuk dijadikan peluang perniagaan, mengubah hiburan menjadi keusahawanan, satu set minda yang disokong dan dipuji oleh Glamhive dan Mary Kay, terutama sekarang, ketika dunia terbuka kepada satu “kebiasaan baharu” dengan ramai orang memulakan kerjaya baharu.

Kedua-dua buah syarikat percaya bahawa sekarang adalah masanya untuk memberikan sokongan kepada bintang-bintang yang terkenal dan mereka yang belum ditemui lagi - untuk membantu mereka mengembangkan jenama peribadi mereka, satu daripada kunci kejayaan bagi industri gaya dan keusahawanan. Oleh itu, mereka mengumumkan Step & Repeat, pertandingan gaya global yang pertama seumpamanya di TikTok, yang memberikan struktur, pengiktirafan, dan ganjaran kepada pemenang pada setiap minggu.

Glamhive dan Mary Kay Global Design Studio telah bekerjasama untuk mewujudkan Step & Repeat sebagai satu pentas global terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin meledak di persada antarabangsa dan dapat dikenali kerana bakat mereka yang luar biasa di dalam bidang  pakaian, solekan, dan penggayaan rambut.

Setiap minggu, hos Step & Repeat, Johnny Wujek (pelanggan selebriti termasuk: Katy Perry dan Mariah Carey), akan mengumumkan satu cabaran yang berdasarkan tema, dan pengguna TikTok akan membuat pakaian, solekan, atau gaya rambut mereka yang terbaik bagi tema tersebut. Video akan menggabungkan suara khusus rancangan itu, “Step & Repeat,” tanda pagar #stepandrepeat, dan tanda pagar yang berkaitan dengan setiap cabaran itu, yang membolehkan semua entri dapat ditemui oleh pengadil rancangan itu.

Pengadil selebriti rancangan itu Nicole Chavez (pelanggan selebriti termasuk: Scarlett Johansson, Kristen Bell, dan Catherine Zeta-Jones), Claire Sulmers (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bagi syarikat media dan e-dagang, Fashion Bomb Daily), dan Andrew Fitzsimons (pelanggan selebriti termasuk : keluarga Kardashian) akan berduet dengan penampilan terbaik dari seluruh dunia dan mengundi untuk mendapatkan pemenang bagi setiap kategori. Di samping itu, rancangan itu akan menggabungkan tetamu khas yang melakukan duet kejutan; Pengguna TikTok boleh berduet di antara satu sama lain untuk menggabungkan penampilan dan memberikan sorakan kepada peserta pilihan mereka.

Pada akhir setiap cabaran, hos Johnny Wujek akan mengumumkan pemenang dalam setiap kategori: pakaian, solekan, dan rambut. Setiap pemenang akan menerima hadiah wang tunai dan satu sesi bimbingan selama satu jam dengan seorang daripada sembilan belas pemimpin industri yang melangkah untuk memberikan bimbingan.

Pada akhir lima minggu itu, Step & Repeat akan mengumumkan seorang pemenang keseluruhan bagi setiap kategori, dengan yang terbaik dalam pakaian, solekan, dan rambut berdasarkan kepada entri dari seluruh dunia.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14679

No comments:

Post a Comment