Tuesday, June 8, 2021

KESAN SAINS UNTUK MENCIPTA PERUBAHAN; SEPERTI FOODITIVE IAITU PERINTIS DALAM BAHAN KITARAN TINGGI BERASASKAN TUMBUHAN

ROTTERDAM, 8 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tahun 2020 yang mencabar ini telah menyaksikan pengembangan pengeluar bahan berasaskan tumbuhan iaitu Fooditive BV, sebuah syarikat Belanda yang bermatlamat untuk merevolusikan pemakanan sihat. Melalui kitaran tinggi gred ketiga dan aliran sisi buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi produk yang 100% semula jadi, ia telah mewujudkan salah satu kunci kepada masa depan yang lebih lestari. Semuanya bermula dengan seorang lelaki Jordan dan kebenciannya terhadap pembaziran serta mahukan perubahan.

Setelah mengalami kekurangan makanan semasa zaman kanak-kanaknya di Jordan, Pengasas dan Saintis Makanan, Moayad Abushokhedim berjanji akan mencipta makanan yang sihat dengan harga yang berpatutan untuk semua.

Dilengkapi dengan latar belakang dalam sains makanan dan perniagaan yang kukuh, beliau membangunkan proses uniknya sendiri untuk mencipta bahan berasaskan tumbuhan dengan harga yang berpatutan, hanya dengan menggunakan sains penapaian.

Sebagai penghargaan atas usahanya untuk kejayaan industri makanan dan minuman, Abushokhedim dinobatkan sebagai salah seorang Food100 tahun 2020, suatu anugerah yang meraikan para pembuat pembaharuan yang berusaha ke arah peralihan kepada sistem makanan yang lestari.

KESAN SAINS UNTUK MENCIPTA PERUBAHAN; SEPERTI FOODITIVE IAITU PERINTIS DALAM BAHAN KITARAN TINGGI BERASASKAN TUMBUHAN

No comments:

Post a Comment