Friday, June 11, 2021

XPOP LANCARKAN TEMPAT PASARAN NFT HIBURAN BERASASKAN POLKADOT YANG PERTAMA DI DUNIA

 Table

 
XPOP ​​telah mengumumkan tempat pasaran NFT hiburan berasaskan blok rantai Polkadot yang akan dilancarkan sebagai yang pertama di dunia pada akhir Jun. Tempat pasaran NFT XPOP menyediakan satu perkhidmatan tak berpusat untuk mengesahkan keaslian kandungan dan pemilikan kandungan bagi setiap artis dan untuk memastikan pengedaran kandungan secara selamat di rangkaian blok rantai XPOP itu. XPOP ​​Parachain dibentuk atas dasar Polkadot, yang merupakan sebuah kontrak pintar yang boleh diubahsuai mengikut pelbagai perniagaan pengedaran kandungan. Tempat pasaran NFT hiburan yang akan dilancarkan oleh Pasukan Projek XPOP akan menjadi perkhidmatan pertama di dunia yang digabungkan dengan ekosistem blok rantai Polkadot yang menawarkan saling kendali dengan rangkaian blok rantai yang berbeza. (Grafik: Business Wire)

 

SEOUL, Korea Selatan, 11 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- XPOP, sebuah syarikat teknologi blok rantai Korea, telah mengumumkan tempat pasaran token tidak sepiawai (NFT) hiburan berasaskan blok rantai Polkadot yang akan dilancarkan sebagai yang pertama di dunia pada akhir Jun.

Berdasarkan pada pelbagai kandungan yang menyediakan perkongsian dengan sejumlah syarikat hiburan K-pop, Pasukan Projek XPOP sedang menyiapkan kandungan yang meluas untuk didaftar dan diedarkan pada tempat pasaran NFT baharu bagi XPOP menerusi penyertaan oleh artis-artis K-pop terkenal.

Tempat pasaran NFT XPOP menyediakan sebuah perkhidmatan tak berpusat untuk mengesahkan keaslian kandungan dan pemilikan kandungan bagi setiap artis dan untuk memastikan pengedaran kandungan yang selamat di rangkaian blok rantai XPOP. XPOP ​​Parachain dibentuk berdasarkan kepada Polkadot, yang merupakan sebuah kontrak pintar yang boleh diubahsuai mengikut pelbagai perniagaan pengedaran kandungan. Tempat pasaran NFT hiburan yang akan dilancarkan oleh Pasukan Projek XPOP dengan kekuatan teknologi yang tiada tandingannya akan menjadi perkhidmatan yang pertama di dunia yang digabungkan dengan ekosistem blok rantai Polkadot yang menawarkan saling kendali dengan rangkaian blok rantai yang berbeza.

Sebagai berasaskan Polkadot, tempat pasaran ini membolehkan penggunaan pelbagai kandungan yang berasaskan mata wang kripto dan boleh kumpul selain daripada XPOP. Ia akan menjadi sebuah tempat pasaran kandungan yang benar-benar tak berpusat di mana pengguna boleh mendaftar dan memperdagangkan kandungan dengan selamat dan mudah. Tempat pasaran NFT XPOP telah diuji dengan kandungan yang boleh dikumpulkan, seperti kad foto digital dan ilustrasi bagi artis-artis K-pop. Media blok rantai terkemuka menunjukkan minat di dalam Projek XPOP semasa fasa awal bagi pembukaannya. Sekarang, perhatian setiap orang tertumpu kepada nilai token XPOP tepat pada masanya untuk penyenaraian di bursa-bursa kripto utama.

XPOP ​​adalah sebuah syarikat Korea yang terdiri daripada pakar-pakar daripada bidang teknologi blok rantai dan kandungan hiburan. Selaras dengan trend terkini yang berubah dengan cepat, XPOP menyediakan pelbagai pemain kandungan dengan tempat pasaran NFT hiburan yang membolehkan perdagangan kontrak pintar blok rantai di pasaran hiburan dan pengembangan industri kandungan digital yang berorientasi masa hadapan yang berasaskan web 3.0 dengan menggunakan teknologi NFT. XPOP ​pada masa ini sedang bersedia untuk penubuhan perkongsian dan memulakan perniagaan hiburan K-pop di negara-negara Asia Tenggara, seperti Indonesia, Malaysia, dan Singapura.

Pada masa ini disenaraikan di Bursa Melon (https://www.melonex.io) dan Hotbit Korea (https://www.hotbit.co.kr), Yayasan XPOP akan mengadakan kempen pelaburan dengan pelabur individu dan syarikat-syarikat pelaburan di seluruh dunia.

Butiran mengenai pengumuman dan aktiviti rasmi Yayasan XPOP boleh diperolehi di saluran Telegram rasmi XPOP (https://t.me/xpopblockchain).

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/52442571/en

Hubungi

Yayasan XPOP
James Choi
Pentadbiran
xpop@xpop.io

Sumber : Yayasan XPOP  

No comments:

Post a Comment