Thursday, June 17, 2021

BAGAIMANA GENERASI MILENIUM WANITA JEPUN MELIHAT CLMV (KEMBOJA / REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAOS / MYANMAR / VIET NAM) SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN? WEBINAR MENDASARKAN HASIL DARIPADA TINJAUAN SENTIMEN PERJALANAN UNTUK DIANJURKAN PADA 21 & 22 JUN OLEH PUSAT ASEAN-JEPUN

TOKYO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan menganjurkan webinar “Tinjauan Sentimen Perjalanan CLMV (Kemboja / Republik Demokratik Rakyat Laos / Myanmar / Viet Nam) – pendekatan pasca pandemik strategik untuk menarik generasi milenium wanita Jepun” pada 21 dan 22 Jun, 2021. Ia akan didasarkan kepada hasil tinjauan sentimen perjalanan CLMVyang dijalankan pada Januari 2021 oleh AJC. Cik Yui Hiramatsu, Pengurus bagi Jabatan Penyelesaian Pemasaran dari Valise Inc., syarikat yang ditugaskan untuk menjalankan tinjauan itu, akan menjelaskan hasil bagi tinjauan itu termasuk cara bagaimana generasi milenium wanita Jepun mengumpulkan maklumat perjalanan di media sosial dan apa tanggapan yang mereka dapat bagi setiap negara CLMV sebagai sebuah destinasi pelancongan, kesemuanya mungkin bermanfaat di dalam mewujudkan produk pelancongan dan meningkatkan penggunaan media sosial dalam promosi pelancongan terutama bagi mereka yang menyasarkan pelancong Jepun.


Menurut Agensi Pelancongan Jepun, jumlah tahunan bagi pelancong luar negara Jepun melampaui 20 juta buat pertama kalinya pada tahun 20192 di mana wanita yang berusia dalam lingkungan dua puluhan menduduki tempat pertama di dalam kedua-dua kategori3 umur dan jantina. Sebagai sebuah agensi yang menggalakkan pelancongan di negara-negara ASEAN, terutama negara-negara CLMV, AJC menjalankan satu tinjauan sentimen perjalanan yang menyasarkan wanita Jepun yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an untuk menjangkakan perjalanan dengan dan pasca COVID-19.

Webinar itu akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai hasil tinjauan itu. Ia terbuka untuk semua orang yang berminat di dalam destinasi CLMV, merancang lawatan, dan penggunaan berkesan media sosial di dalam mempromosikan pelancongan. Walaupun webinar akan dikendalikan dalam bahasa Jepun, audio bahasa Inggeris akan disediakan melalui penterjemahan serentak.

Laporan bagi hasil tinjauan itu tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC seperti di bawah. https://www.asean.or.jp/en/tourism-info/20210604/

Maklumat mengenai Webinar itu

Tajuk Webinar:
“Tinjauan Sentimen Perjalanan CLMV (Kemboja / Republik Demokratik Rakyat Laos / Myanmar / Viet Nam) - pendekatan pasca pandemik strategik untuk menarik generasi milenium wanita Jepun”
 
Tarikh dan Masa:
Isnin, Jun 21 2021, 3 Petang- 4 Petang (Waktu Jepun) / mengenai Kemboja dan Republik Demokratik Rakyat Laos  
Selasa, 22 Jun 2021, 3 Petang – 4 Petang (Waktu Jepun) / mengenai Myanmar dan Viet Nam

Program:
Penyampai: Cik Yui Hiramatsu, Pengurus, Jabatan Penyelesaian Pemasaran, Valise Inc.
Kandungan: Kerangka tinjauan, Kesimpulan, dan sesi Soal Jawab

Bahasa:
Audio bahasa Inggeris akan disediakan melalui penterjemahan serentak (audio asli adalah dalam bahasa Jepun).
Penterjemahan serentak tersedia hanya dengan aplikasi Zoom.
 
Pendaftaran:
Melalui borang google seperti di bawah.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeD9Q6qrN
_sRoSRCmnlR6qvXnl5EZwHjptF03SJ2xQVevlU4g/viewform


Tempat:
ZOOM Webinar

Bayaran:
Percuma

Penganjur:
Pusat ASEAN-Jepun 
 

¹ AJC telah meningkatkan sokongan terhadap negara-negara CLMV (Kemboja / Republik Demokratik Rakyat Laos / Myanmar / Viet Nam) yang bertujuan merapatkan jurang pembangunan di antara Negara-negara Anggota ASEAN.
² Agensi Pelancongan Jepun, 17 Januari 2021 (https://www.mlit.go.jp/kankocho/topics06_000244.html).
³ Laporan JTB 2020 “Semua mengenai pelancong luar negeri Jepun”, JTB Tourism Research & Consulting Co., 14 Ogos 2020. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14662

No comments:

Post a Comment