Thursday, June 3, 2021

MEMBINA MASA DEPAN YANG LESTARI: HISENSE DAN PEKERJA MEREKA




QINGDAO, China, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Menjalani kehidupan mengikut kebiasaan baharu, ESG telah menjadi satu daripada topik paling popular di dunia. Satu kesan positif terhadap masyarakat dan menyediakan peluang-peluang pembangunan yang berterusan bagi pekerja telah secara beransur-ansur menjadi kriteria baharu bagi syarikat-syarikat untuk menerangkan pertumbuhan mereka. Dengan memberikan keutamaan kepada bakat, Hisense berusaha untuk membina sebuah pasukan global yang termasuk pekerja daripada pelbagai budaya dan pengalaman unik, dan untuk menyediakan persekitaran kerja yang sama rata dan sihat bagi mendorong kejayaannya. Bersama dengan lebih 90,000 orang pekerja di seluruh dunia, Hisense sedang mencipta satu masa depan yang lestari dan sentiasa memberikan pengaruh sosial yang positif.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210601005474/en/

Memberi tumpuan kepada pemupukan bakat tempatan dan rangkuman kebudayaan

Hisense menyokong masyarakat tempatan untuk mengurangkan tekanan pengangguran mereka dan bagi mengurangkan kadar jenayah yang berkaitan secara tidak langsung. Melalui pelaburan mereka di taman-taman perindustrian di seluruh dunia, Hisense mewujudkan lebih daripada 3,000 jawatan pekerjaan di Afrika Selatan dan lebih 2,000 di Mexico dengan satu jangkaan untuk berkembang menjadi lebih 7,000 pada masa akan datang, yang berjaya membantu wilayah tempatan mengembangkan ekonomi mereka dan meningkatkan pembangunan yang berterusan.

Hisense menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang sama rata tanpa mengira kaum dan jantina dengan latihan profesional dan sistematik semasa merekrut pekerja tempatan. Sebagai contoh, Nicalette, seorang ibu tunggal, yang menyertai Hisense Afrika Selatan pada tahun 2002, telah dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Selepas Jualan melalui prestasi kerja beliau yang sangat baik dan keupayaannya yang berkembang pantas. Sistem pekerjaan dan pemupukan bakat Hisense telah meningkatkan minat beliau untuk bekerja dan juga menjadikan kehidupannya bertambah baik, menurut Nicalette.

Memelihara perkembangan kerjaya pekerja

Untuk memperkasakan pekerja, Hisense telah mewujudkan syarat dan ruang yang diperlukan bagi mereka memaksimumkan potensi dan nilai mereka. Hisense melaksanakan satu mekanisme kenaikan pangkat yang fleksibel, yang membolehkan pekerja untuk memilih di antara laluan kerjaya bagi “pengurusan” dan “R&D” untuk pengembangan seterusnya, yang memastikan satu saluran kenaikan pangkat yang lancar bagi semua orang.

Kolej Hisense, universiti korporat itu, berhasrat untuk membantu pekerja mencapai perkembangan kerjaya yang lebih baik. Satu struktur latihan yang komprehensif dan pelbagai platform latihan dalaman (termasuk kuliah luar talian, laman web, APP, dll.) telah disediakan untuk membantu pekerja belajar dan memperbaiki diri pada bila-bila masa, di mana sahaja.

“Apa yang menjadikan bekerja di sini berbeza daripada syarikat lain adalah bahawa Hisense sentiasa memberikan motivasi kepada pekerja mereka untuk mencapai matlamat kerjaya dan memberikan mereka sokongan, yang membolehkan mereka untuk berkembang dengan syarikat itu.” kata Robin Silberbauer, yang menyertai Hisense Afrika Selatan pada tahun 2015.

Memelihara kesihatan dan kesejahteraan pekerja

Semasa pandemik itu, Hisense telah melakukan segala yang mungkin untuk menjamin kesihatan pekerja dan keluarga mereka dengan mengedarkan bahan-bahan pencegahan wabak dan menyokong bekerja di rumah.

Hisense juga bekerjasama dengan organisasi EAP (“Program Bantuan Pekerja”) profesional untuk menyediakan penjagaan kesihatan mental bagi pekerja dan keluarga mereka, agar setiap pekerja boleh dengan mudah mendapatkan perkhidmatan kaunseling psikologi profesional, yang secara efektif membantu mereka meningkatkan kesihatan mental dan menyahut cabaran-cabaran kerja dan kehidupan.

Hisense akan menumpukan perhatian kepada pengembangan bakat dalam jangka panjang dan secara aktif mewujudkan sebuah persekitaran tempat kerja yang inklusif untuk memajukan pembangunan berterusan bagi komuniti tempatan dengan tenaga kerja global mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14606

No comments:

Post a Comment