Friday, June 18, 2021

PASARAN LIVEART MEMBUKA DAGANGAN




Tempat pasaran Rakan ke Rakan Digital Mencapai Jualan Mencecah Hampir $5 Juta Semasa Hari-hari Awal Pelancaran Terhad Termasuk Harga Enam Angka untuk Hasil Karya oleh Amoako Boafo & Ed Clark


1,000 Hasil Karya Bernilai $120 Juta Tersedia untuk Dijual

NEW YORK, 17 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LiveArt dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran awam bagi Pasaran LiveArt, tempat pasaran rakan ke rakan digital yang memberikan kawalan kepada penjual dan pembeli. Pasaran LiveArt memulakan dagangan melalui jemputan secara terhad pada minggu lalu dan telah mencapai jualan yang menghampiri $5 juta, dengan lebih dari 1,000 hasil karya bernilai kira-kira $120 juta tersedia untuk dijual. Harga berada dalam lingkungan $50,000 dan $500,000, dengan hasil karya Amoako Boafo dan Ed Clark mencapai harga enam angka. Tawaran awal yang tersedia untuk pembelian termasuk karya Derrick Adams, Jean-Michel Basquiat, Yayoi Kusama, Pablo Picasso dan Andy Warhol, antara lain.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210616005925/en/
 
LiveArt membolehkan pengumpul untuk mengawal keadaan dengan memberikan peserta dengan satu destinasi untuk maklumat tepat masa dan satu tempat pasaran yang cekap dan selamat di mana untuk berurus niaga secara peribadi. Semua peserta Pasaran LiveArt diperiksa dengan teliti dan dengan itu boleh berurus niaga tanpa menyatakan nama di bilik urus janji maya. Selain itu, penjual boleh mengawal keterlihatan bagi hasil karya mereka dan hanya berkongsi butiran dan imej sebenar setelah mereka selesa dengan calon pembeli – menangani dua masalah utama yang sering ditimbulkan oleh peserta pasaran.

Marisa Kayyem, Ketua Pegawai Kandungan & Data bagi LiveArt: “Privasi adalah satu tanda khas bagi LiveArt, sangat penting bagi mereka yang mahu melakukan jualan atau pembelian tanpa menghadapi risiko terlalu mendedahkan sesuatu hasil karya atau memaparkan satu strategi pengumpulan. Pada masa yang sama, LiveArt menawarkan lebih banyak ketelusan ke dalam proses penjualan berbanding dengan platform atau tempat lain – seorang penjual tunggal dan seorang pembeli tunggal, dan terus langsung dan yuran yang rendah. Bilik-bilik urus janji maya memberi kuasa kepada kedua-dua penjual dan pembeli untuk mengawal hasil dan kesemua harga.”

Penjual memuat naik hasil karya daripada koleksi mereka sendiri ke platform data komprehensif LiveArt yang dikuasakan oleh AI dan dengan serta-merta menerima satu Anggaran™ LiveArt, melihat trend harga dan jualan yang setanding, dan membuat keputusan yang bermaklumat mengenai satu potensi jualan.

Pembeli menemui hasil karya dengan melayari Pasaran LiveArt dan melihat hasil karya yang disenaraikan secara terbuka, dan juga karya yang disenaraikan secara persendirian – di mana karya sebanding ditunjukkan dan butirannya hanya dikongsi setelah penjual meluluskannya. Setelah ada komitmen untuk terus mara dengan melakukan satu penjualan, hasil karya itu dihantar ke satu kemudahan yang selamat di Delaware untuk diperiksa sebelum jualan itu dimuktamadkan. Dana disimpan dalam eskrow sebelum dilepaskan kepada penjual, dan satu bayaran tetap 10% dicaj kepada pembeli yang berjaya.

George O’Dell, Naib Presiden Eksekutif bagi LiveArt: “LiveArt menyediakan satu tahap akses dan penemuan yang sebelumnya hanya tersedia kepada peserta pasaran yang paling berpengalaman. Platform itu adalah satu tempat yang menarik bagi pengumpul untuk terlibat secara langsung dan mengejar harta perdana yang tidak tersedia, memerhatikan arah aliran terkini, dan menemui pelukis-pelukis yang biasanya dikhaskan untuk kelompok kecil orang dalam. Buat pertama kalinya, pengumpul di mana sahaja di dunia akan mendapat akses kepada satu penawaran karya menarik yang sesuai dengan semua selera.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14672

No comments:

Post a Comment