Friday, June 4, 2021

MOTOROLA SOLUTIONS MELANCARKAN WAVE PTX BAGI ORGANISASI SINGAPURA DAN MALAYSIA DI MANA PRODUKTIVITI SENTIASA AKTIF

Organisasi komersial dan kerajaan untuk mencapai tahap baharu dengan keupayaan pesanan tekan untuk cakap, tekan untuk video dan multimedia

SINGAPURA, 4 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Motorola Solutions (NYSE: MSI) akan melancarkan WAVE PTX di Singapura dan Malaysia – satu perkhidmatan komunikasi segera dengan liputan ke seluruh negara yang membolehkan organisasi komersial dan kerajaan untuk mencapai tahap baharu bagi keselamatan dan produktiviti.

Tersedia melalui langganan jalur lebar, WAVE PTX, membolehkan syarikat-syarikat untuk menghubungkan pasukan kerja mereka yang berlainan secara serta merta dan boleh dipercayai untuk memastikan operasi sentiasa berjalan, bebas daripada teknologi rangkaian. Penyelesaian itu memenuhi keperluan operasi bagi banyak industri termasuk sektor pengangkutan dan logistik, pembuatan, minyak dan gas, peruncitan dan hospitaliti.

WAVE PTX membolehkan organisasi untuk memperluaskan kedua-dua liputan dan fungsi bagi komunikasi perniagaan mereka dengan menghubungkan rangkaian radio mudah alih darat dengan rangkaian jalur lebar.

Penyelesaian itu direka bagi organisasi yang memerlukan komunikasi suara dan data yang selamat dan segera. Ini termasuk perniagaan yang mempunyai operasi yang kompleks yang perlu untuk bekerjasama dengan menggunakan komunikasi suara dan data termasuk video, imej, dokumen dan peta semasa dalam perjalanan.

Penyelesaian itu tersedia sebagai satu perkhidmatan berasaskan awan dan di premis dan menyediakan kerjasama yang lancar di antara radio dua hala, telefon pintar, tablet, komputer buku dan peranti lain. WAVE PTX menyokong aplikasi Android, IOS dan web bagi komputer peribadi dengan saling kendali yang selamat dengan sistem radio dua hala termasuk DMR, TETRA dan P25.

Penyelesaian itu juga dilengkapi dengan perisian penghantaran yang canggih untuk membantu mengatur dan menyelaraskan komunikasi pasukan dan pada masa yang sama menyediakan satu gambaran menyeluruh mengenai semua operasi. Ini termasuk peranti pemetaan yang tepat untuk mengesan lokasi orang dan sumber, membantu untuk melindungi pekerja pada masa kecemasan.

Motorola Solutions telah juga mengeluarkan dua peranti komunikasi yang dibina khas untuk mengakses perkhidmatan WAVE PTX, radio dua hala  TLK 100 dan TLK150MOTOTRBO™ Ion itu, sebuah radio pintar baharu dengan antara muka Android sepenuhnya dan keupayaan data jalur lebar juga tersedia untuk operasi di WAVE PTX.

Ken Kuan, Pengarah Saluran Motorola Solutions untuk Asia Tenggara berkata bahawa penyelesaian itu telah direka untuk menyokong persekitaran kerja yang kompleks dengan menyediakan pasukan jarak jauh dan rentas fungsi dengan akses kepada komunikasi yang boleh dipercayai merentasi pelbagai tapak.

“WAVE PTX menyediakan kepada organisasi dengan komunikasi suara dan data tepat masa merentasi keseluruhan operasi mereka, membantu untuk menjaga keselamatan pekerja di samping meningkatkan kecekapan dan produktiviti,” kata Kuan. “Kami melihat permintaan yang semakin meningkat daripada organisasi komersial yang mahu menghubungkan pasukan mereka melalui perkhidmatan tekan untuk cakap yang boleh dipercayai dan mudah untuk digunakan di lapangan serta melalui pelbagai perkhidmatan multimedia dan video yang ditawarkan oleh WAVE PTX,” kata beliau.

MOTOROLA SOLUTIONS MELANCARKAN WAVE PTX BAGI ORGANISASI SINGAPURA DAN MALAYSIA DI MANA PRODUKTIVITI SENTIASA AKTIF

No comments:

Post a Comment