Wednesday, June 23, 2021

CIBA VISION JOHOR SDN. BHD. JUGA DIKENALI SEBAGAI ALCON JOHOR MEMPEROLEH PENSIJILAN TEMPAT TERBAIK UNTUK BEKERJA DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2021

 KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Alcon Johor, sebuah anggota gabungan bagi syarikat peranti penjagaan mata terbesar di dunia dengan mempunyai sejarah lebih 75 tahun, hadir di lebih 70 buah negara dan melayani pesakit di lebih 140 buah negara oleh lebih 23,000 rakan sekutu, telah baru-baru ini diiktiraf sebagai satu daripada tempat terbaik untuk bekerja di Malaysia. Semasa penilaian itu, syarikat tersebut menerima markah yang luar biasa merentasi beberapa aspek di tempat kerja mereka, melampaui norma dalam memupuk sebuah persekitaran tempat kerja yang dibina didasarkan kepada komitmen pekerja, kerja berpasukan, integriti, kewarganegaraan korporat dan berusaha mencapai kecemerlangan.


Dalam pandemik ini, kami mempelajari bahawa majikan di Malaysia mempertimbangkan kesejahteraan pekerja mereka secara keseluruhan adalah sangat penting. Alcon Johor adalah satu contoh yang hebat, dengan dasar dan amalan yang cemerlang yang menyokong dan melindungi kesihatan fizikal dan emosi pekerja, dan pada masa yang sama memberikan tumpuan kepada keperluan pesakit mereka.

“Pengiktirafan ini benar-benar merupakan satu penghormatan dan kami benar-benar merasa rendah diri untuk menerimanya. Ini adalah satu bukti kepada sebuah keluarga kerja yang luar biasa, yang kami ada di Alcon Johor. Mereka tidak pernah berhenti dalam mengagumkan saya dengan rasa kasih sayang di antara satu sama lain, dan kesanggupan untuk bersama-sama menghadapi segala cabaran yang ditimbulkan kepada syarikat itu. Kami sentiasa percaya bahawa kami mempunyai sebuah pasukan yang hebat di sini di tapak ini dan mahu memupuk suatu suasana kekeluargaan yang sebenarnya di sini... di mana semua orang merasakan seolah-olah tempat mereka di sini, saling menjaga... di mana mereka merasa selamat dan ingin tinggal dan mempunyai kerjaya dengan kami...dan seperti apa yang mereka katakan, apa yang anda percaya akhirnya akan menjadi kenyataan! Kami bertuah kerana mempunyai sebuah keluarga yang sangat hebat!” kata Dr. James J. Govindasamy, Pengurus Besar.

“Kami benar-benar merasa terhormat kerana disahkan sebagai di antara Tempat Terbaik untuk Bekerja di Malaysia bagi tahun 2021. Untuk menerima anugerah berprestij ini semasa pandemik itu adalah satu bukti mengenai komitmen dan dedikasi oleh keluarga Alcon Johor kami. Saya berasa sangat bangga dengan pencapaian ini dan pasukan kami akan berusaha untuk terus meningkatkan amalan Sumber Manusia kami bagi meningkatkan kepuasan kepada bukan sahaja rakan sekutu, keluarga mereka, pelanggan dan pesakit kami, tetapi juga masyarakat kami. Membantu Orang Melihat dengan Gemilang adalah matlamat kami!” kata Tan, Bee Hong, Pengarah Sumber Manusia.

Maklumat mengenai Ciba Vision Johor Sdn. Bhd

Alcon adalah peneraju dunia di dalam penjagaan mata, yang berdedikasi untuk membantu orang melihat dengan cemerlang. Dengan sejarah kami selama lebih 70 tahun, kami adalah syarikat peranti penjagaan mata terbesar di dunia – dengan perniagaan pelengkap di dalam Pembedahan dan Penjagaan Penglihatan. Perniagaan kami dibina di atas satu asas yang kukuh bagi kepakaran penjagaan mata terkemuka di pasaran dan perhubungan yang mendalam dan lama dengan profesional penjagaan mata. Alcon menerajui di dalam inovasi penjagaan mata dan berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan di dalam sebuah tempat pasaran global yang berkembang. Kami mempunyai sejarah industri yang panjang, berdasarkan kepada keupayaan yang mendalam di dalam sains bahan, kimia permukaan dan optik. Saluran kerja kami yang mantap termasuk lebih daripada 100 projek dalam proses dan lebih 1,200 syarikat bersekutu di seluruh dunia, menyelidik dan mengembangkan rawatan bagi keadaan penglihatan dan penyakit mata.

CIBA VISION Johor Sdn. Bhd. dikenali secara dalaman sebagai Alcon Johor dan merupakan sebahagian daripada portfolio Alcon Vision Care, yang diwujudkan pada tahun 2005 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007.

Tapak pembuatan Alcon Johor itu diberi mandat untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi platform Pembentukan Acuan Dwimuka (DSM) bagi Alcon di seluruh dunia, yang menumpukan semata-mata kepada menghasilkan kanta sentuh lembut steril berkualiti tinggi untuk membetulkan kesilapan refraktif dan/atau bagi digunakan sebagai lensa pembalut bagi lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia, ketika ia diwujudkan pada tahun 2005. Kemudahan pembuatan kami terletak di kampus seluas tiga puluh dua (32) ekar milik kami sepenuhnya di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor, Malaysia.

Tapak itu menghasilkan kanta sentuh yang pertama dan satu-satunya bagi Alcon untuk menyatukan dua teknologi termaju yang direka bagi menyediakan kelembapan permukaan lensa yang lebih lama dan perlindungan deposit, keluarga produk AIR OPTIX®. Mereka menyediakan visi yang jelas dan keselesaan yang konsisten, dan hampir kesemua dihasilkan secara eksklusif di tapak itu untuk pasaran global.

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM BEST PLACES TO WORK

Best Places to Work adalah sebuah program pensijilan Sumber Manusia antarabangsa yang menyediakan kepada majikan di negara-negara yang berbeza dengan peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penglibatan dan kepuasan bagi pekerja mereka dan memberi penghormatan kepada mereka yang menyampaikan satu pengalaman kerja yang menonjol dengan standard paling tinggi berkaitan dengan amalan Sumber Manusia. Sertai komuniti kami di LinkedInTwitter, dan Facebook.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bestplacestoworkfor.org

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210620005079/en/

Hubungi

Pasukan Media
Hamza Idrissi
media@bestplacestoworkfor.org
+65 3159 1167

Sumber : Best Places to Work

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment