Tuesday, June 1, 2021

ZOLL DAN GLOBAL HEALTHCARE SG MENANDATANGANI PERJANJIAN EKSKLUSIF UNTUK PENGEDARAN BAGI SISTEM PENGURUSAN SUHU TERSASAR MUDAH ALIH DI ASIA PASIFIK

CHELMSFORD, Mass., 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ZOLL® Medical Corporation, sebuah syarikat Asahi Kasei yang mengeluarkan peranti perubatan dan penyelesaian perisian yang berkaitan, dan Global Healthcare SG, sebuah pemaju bagi penyelesaian penyejukan badan mudah alih, hari ini mengumumkan perjanjian pengedaran eksklusif mereka. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, ZOLL mempunyai hak eksklusif untuk mengedarkan Sut Lengkap Badan CarbonCool® dan Sut Keselesaan di negara-negara Asia Pasifik.*

Kajian di negara-negara Asia-Pasifik, di mana suhu yang melampau boleh mencecah 50°C (122°F), telah menemukan kaitan positif di antara haba dan morbiditi dan kematian manusia.1,2 “Tekanan strok haba (EHS) telah ditunjukkan sebagai penyebab utama bagi sebahagian besar kematian mengejut semasa latihan berintensiti tinggi di tempat awam dan ketetapan ketenteraan,” kata Christopher Barnabas, Naib Presiden, Operasi Asia Pasifik ZOLL.3,4 “Kami amat teruja mengenai potensi teknologi CarbonCool yang berinovatif itu di dalam mencegah dan merawat EHS, serta perjanjian pengedaran dengan Global Healthcare SG yang akan meningkatkan lagi misi kami untuk memperbaiki hasil kelangsungan hidup di rantau itu.” 5,6 

Sut Lengkap Badan CarbonCool boleh digunakan dengan pantas dan mudah untuk rawatan strok haba. Ia boleh disesuaikan dengan kebanyakan bentuk dan ukuran badan. Di samping itu, Sut Keselesaan itu menawarkan satu penyelesaian pencegahan bagi persekitaran dengan risiko kecederaan haba yang lebih tinggi dan boleh digunakan sebagai satu sistem penyejukan peribadi oleh anggota bomba, pasukan pemusnah bom, dan anggota HAZMAT.

“Global Healthcare SG menghasilkan sesuatu yang berinovatif dengan teknologi penyejukan terapeutik berasaskan HypoCarbon® mudah alih kami yang lebih berkesan, mudah dan praktikal di dalam menurunkan suhu teras badan berbanding dengan penyediaan untuk rendaman air ais,”7 kata KL Cheng, Pengarah Urusan bagi Global Healthcare SG. “Perjanjian eksklusif kami dengan ZOLL membolehkan kami untuk memanfaatkan satu jaringan pengedaran yang luas di seluruh rantau Asia Pasifik, di mana prestasi berinovatif CarbonCool berhasrat untuk meningkatkan penyampaian bagi penjagaan di dalam keadaan yang timbul berkaitan dengan tekanan haba.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sut Lengkap Badan CarbonCool dan Sut Keselesaan, sila hubungi wakil ZOLL tempatan anda.

ZOLL DAN GLOBAL HEALTHCARE SG MENANDATANGANI PERJANJIAN EKSKLUSIF UNTUK PENGEDARAN BAGI SISTEM PENGURUSAN SUHU TERSASAR MUDAH ALIH DI ASIA PASIFIK

No comments:

Post a Comment