Friday, June 11, 2021

AMAZON DAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MEWUJUDKAN PERKONGSIAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA UNTUK MENYELESAIKAN KECEDERAAN DI TEMPAT KERJA YANG PALING LAZIM DI AMERIKA SYARIKAT

Perkongsian lima tahun itu di antara Amazon dan NSC akan berusaha untuk mencipta kaedah baharu untuk mencegah kecederaan muskuloskeletal biasa, seperti terseliuh dan ketegangan

SEATTLE & CHICAGO, 11 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini Amazon (NASDAQ: AMZN) dan Majlis Keselamatan Negara (NSC) mengumumkan satu perkongsian lima tahun untuk mencipta cara-cara baharu bagi mencegah kategori terbesar bagi kecederaan di tempat kerja di Amerika Syarikat, gangguan muskuloskeletal (MSD). Amazon dan NSC telah bekerjasama selama beberapa bulan untuk kerjasama yang pertama seumpamanya ini.

“Melalui perkongsian ini, kita akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang ramai pada setiap hari agar mereka dapat menjalani kehidupan yang sepenuhnya,” kata Lorraine Martin, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Majlis Keselamatan Negara. “Untuk pergi ke tempat kerja harus merupakan satu  pengalaman yang positif, mendatangkan kepuasan, dan selamat. Kami amat berterima kasih di atas sokongan yang bermurah hati oleh Amazon untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menyelesaikan isu penting ini dan pada masa yang sama memacukan misi kami yang tidak mencari keuntungan untuk menjaga keselamatan pekerja di tempat kerja.”

“Sebagai sebuah anggota pasukan keselamatan Amazon di tapak, matlamat saya adalah untuk melakukan segala yang termampu oleh saya untuk menjaga kesihatan rakan sekerja saya di tempat kerja sehingga kita semua boleh pulang dengan selamat kepada rakan dan keluarga kita,” kata Chelsea Weimer, seorang pekerja yang dibayar upah untuk setiap jam bekerja, di pusat pemenuhan Amazon di Baltimore, MD. “Amazon mempunyai satu standard keselamatan yang tinggi; perkongsian ini adalah satu bukti jelas mengenai perkara itu dan saya tidak sabar untuk melihat usaha yang dilakukan untuk membantu mengurangkan MSD.”

AMAZON DAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MEWUJUDKAN PERKONGSIAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA UNTUK MENYELESAIKAN KECEDERAAN DI TEMPAT KERJA YANG PALING LAZIM DI AMERIKA SYARIKAT

No comments:

Post a Comment