Wednesday, June 16, 2021

LEDDARTECH MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS KELUARAN SULUNG MILLA GROUP DENGAN POD BERAUTONOMI MEREKA YANG DILENGKAPI DENGAN LEDDAR PIXELL PADA DUA ACARA UTAMA JUN, TERMASUK PERLUMBAAN F1 GRAND PRIX 2021 PERANCIS



QUEBEC CITY, 16 Jun (Bernama) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, dengan sukacita mengumumkan bahawa pelanggannya yang berpangkalan di Perancis, MILLA Group, telah memilih penyelesaian penderiaan LeddarTech sebagai penyumbang penting bagi pendayaan berautonomi MILLA POD. MILLA telah menggunakan Leddar™ Pixell iaitu LiDAR berkeadaan pepejal 3D oleh LeddarTech yang memenangi anugerah, untuk medan pandangan 180 darjahnya dan keupayaan pengesanan objek yang amat boleh dipercayai.


MILLA Group yang terletak di Perancis, membangun dan memasarkan kenderaan ulang-alik elektrik berautonomi. MILLA ialah peneraju dalam mobiliti dan sumber yang penting bagi semua organisasi awam dan persendirian yang ingin melaksanakan penyelesaian mobiliti yang disesuaikan, cekap dan mampan. MILLA akan menampilkan kenderaan POD elektrik berautonomi sepenuhnya mereka yang dilengkapi dengan Leddar Pixell, di dua acara utama pada bulan Jun di Perancis.


16-19 Jun VIVA Technology Conference di Paris, Perancis


MILLA akan mempamerkan kenderaan ulang-alik POD berautonomi sepenuhnya mereka di VIVA Technology Conference yang terkenal di dunia. Acara yang berprestij ini melibatkan perwakilan daripada 125 negara. Tahun ini akan menampilkan penceramah yang dihormati seperti Tim Cook, CEO Apple dan Mark Zuckerberg, CEO Facebook, dan termasuklah penyertaan lebih daripada 13,000 syarikat permulaan.


17-20 Jun Grand Prix de France de Formule 1 / Smart and Sustainable Mobility di Le Castellet, Perancis


POD berautonomi sepenuhnya MILLA akan berada di pentas utama pada acara Smart & Sustainable Mobility yang dianjurkan di tapak pada perlumbaan Grand Prix Formula 1 Perancis, salah satu acara sukan yang paling popular di dunia. MILLA POD akan menunjukkan teknologi bertaraf dunianya dan pendekatan inovatif untuk keselamatan yang dipertingkat. POD akan beroperasi secara berautonomi sepenuhnya tanpa pemandu keselamatan dalam kenderaan. Menggunakan pelbagai penderia, termasuk Leddar Pixell, POD mencipta gelembung keselamatan dan perlindungan maya. Tidak seperti kebanyakan kenderaan ulang-alik berautonomi lain, MILLA POD akan diawasi secara jauh oleh jurutera pemantauan yang boleh campur tangan dan mengambil kawalan kenderaan tersebut jika perlu. Sistem lewahan keselamatan inovatif ini sedang dibangunkan dengan lebih lanjut dan akan tersedia tidak lama lagi untuk membolehkan satu orang memantau sehingga 10 POD pada satu-satu masa. Jurutera MILLA telah merintis langkah penting ke arah teknologi keselamatan yang lebih hebat yang mempercepat keyakinan pengguna dalam penggunaan kenderaan berautonomi sepenuhnya.


“Saya mengucapkan tahniah kepada MILLA Group atas penyertaan mereka dalam acara berprestij ini,” kata CEO LeddarTech, Charles Boulanger. “LeddarTech berbesar hati kerana telah menyumbang kepada suit penderia mereka dengan Leddar Pixell kami dipilih oleh MILLA Group. MILLA Group komited terhadap keselamatan dan kebajikan penumpang serta pengguna jalan raya yang rentan, dan LeddarTech berkongsi komitmen mereka. Pengiktirafan untuk mengutamakan keselamatan ini juga diiktiraf oleh RATP Group, operator pengangkutan awam milik Negara yang berada di 13 negara dan di 4 benua yang ditugaskan untuk menilai dan melayakkan kenderaan awam berautonomi. RATP melaporkan bahawa sistem pengendalian MILLA POD yang merangkumi Leddar Pixell, memenuhi keperluan kelayakan yang ketat,” simpul En. Boulanger.


“MILLA Group berbangga dengan pendekatan inovatif yang telah kami ambil dalam pembangunan kenderaan berautonomi kami,” kata Presiden MILLA Group, Frédéric Mathis. “Keputusan untuk terlibat dengan LeddarTech telah membolehkan kami mempunyai keyakinan penuh dengan keupayaan MILLA POD kami untuk beroperasi dengan selamat dan cekap,” sambung En. Mathis. “Ini merupakan peluang besar bagi syarikat kami dan bukti kepada teknologi kami untuk berpeluang menunjukkan POD kami di Grand Prix de France de Formule 1 / Smart and Sustainable Mobility serta untuk memperkenalkan teknologi kami di VIVA Technology Conference,” simpul En. Mathis.


Perihal MILLA Group


MILLA Group ialah syarikat jurutera Perancis bebas terkemuka yang mengkhusus dalam reka bentuk, pembangunan, pembuatan dan percubaan produk dan perkhidmatan mobiliti baharu. Konsep mobiliti baharu MILLA menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang mampan, modular, boleh diskalakan dan boleh diakses kepada semua orang. Sejak tahun 2019, kenderaan ulang-alik MILLA telah bergerak setiap hari di jalan terbuka pada kelajuan 30 km/j dalam mod berautonomi, suatu perkhidmatan unik di dunia. MILLA kini ialah satu-satunya pembekal mobiliti yang mencadangkan penyelesaian pengangkutan atas permintaan dan berbilang modal (orang dan barangan) untuk zon luar bandar dan persisian bandar. Teknologi yang dilaksanakan oleh MILLA Group juga mempunyai kesan yang ketara terhadap industri automotif. Syarikat peneraju utama dunia menggunakan perkhidmatan MILLA, seperti robotisasi dan automasi kenderaan dan percubaan kenderaan pada jalan terbuka. www.millagroup.fr/


Hubungi: Éric Gendarme, Pengarah Pengurusan, MILLA Group, eric.g@milla.net


Perihal LeddarTech


LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaan tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5. Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi.


Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan melalui LinkedIn, Twitter, Facebook dan YouTube.


Maklumat Hubungan:

Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi, dan Pengurusan Produk, LeddarTech Inc.

Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232

daniel.aitken@leddartech.com


Leddar, LeddarTech, LeddarSteer, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.


Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/407e36d4-3e07-4f71-9bf4-c5daf605a7b6/ms 


SUMBER : LeddarTech inc.

No comments:

Post a Comment