Wednesday, June 9, 2021

MARY KAY INC., PENERBIT EKSEKUTIF BAGI "GUARDIANS OF THE GULF" YANG TELAH MEMENANGI ANUGERAH, MENYERTAI CEO MANDAT AIR DAN PRINSIP LAUTAN LESTARI KOMPAK GLOBAL PBB

 


Table

Prinsip Samudera Lestari bagi Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah sebuah kerangka kerja untuk amalan perniagaan yang bertanggungjawab di Lautan merentasi sektor dan geografi. (Foto: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 9 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk meraikan Hari Lautan Sedunia, Mary Kay Inc., sebuah pendukung global bagi kesedaran alam sekitar dan tanggungjawab korporat, hari ini mengumumkan bahawa ia telah komited kepada dua sebab penting dalam melindungi laluan air bagi dunia kita: CEO Mandat Air dan Prinsip Lautan Lestari Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Berita itu muncul di tengah-tengah satu jelajah festival ke seluruh negara bagi Guardians of the Gulf yang dihasilkan oleh Mary Kay, sebuah dokumentari yang telah mencetuskan kesedaran yang meneroka perhubungan kacau-bilau di antara Teluk Mexico dan penyokong pemuliharaan yang bertekad untuk melindunginya.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210608005357/en/

CEO Mandat Air adalah satu inisiatif khas bagi Setiausaha Agung PBB dan Kompak Global PBB, yang dilaksanakan dengan perkongsian bersama Institut Pasifik. Mandat itu menggerakkan sejumlah besar pemimpin perniagaan untuk menangani cabaran air global melalui pengawasan air korporat, dalam kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kerajaan-kerajaan, organisasi masyarakat madani, dan pihak berkepentingan yang lain. Syarikat-syarikat yang memberikan sokongan komited untuk mengambil tindakan ke atas enam elemen penting dan melaporkan kemajuannya pada setiap tahun.

Prinsip Samudera Lestari bagi Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang dihasilkan melalui perundingan dengan lebih 300 pihak berkepentingan, menyediakan satu kerangka kerja untuk amalan perniagaan yang bertanggungjawab di Lautan merentasi sektor dan geografi. Mereka membina dan menambahkan Sepuluh Prinsip bagi Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak asasi manusia, tenaga kerja, alam sekitar dan anti-rasuah. Mendukung Prinsip Samudera Lestari adalah satu ikrar aspirasi yang dijalankan oleh syarikat-syarikat daripada pelbagai saiz, sektor dan tahap kematangan pengawasan lautan. Dengan pengumuman ini, Mary Kay menyertai pemimpin perniagaan dari seluruh pelusuk dunia di dalam menetapkan jangkaan yang jelas dan dikongsi bersama di seluruh industri bagi sebuah lautan yang sihat dan produktif.

“Kesihatan lautan kita menentukan kesihatan planet kita,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay Inc. “Air adalah sumber yang paling berharga di bumi, oleh itu ia adalah sangat penting bagi kita untuk secara aktif menyokong usaha-usaha pemuliharaan. Kami telah menghasilkan Guardians of the Gulf dan menjadi satu daripada penandatangan bagi komitmen ini dengan beratus-ratus syarikat lain oleh kerana kami komited untuk meningkatkan kesedaran mengenai ancaman yang dihadapi oleh laluan air kita. Melalui usaha penting ini, Mary Kay merancang untuk memajukan ekosistem dan pemuliharaan kepelbagaian biologi merentasi seluruh jejak globalnya.”

Dirakam, diarah dan dihasilkan oleh sebuah kru yang kesemuanya terdiri daripada wanita, Guardians of the Gulf telah ditayangkan di hampir satu dozen festival filem dan telah baru-baru ini dianugerahkan dengan dua Anugerah Telly bagi Bersifat Umum Bukan Siaran/Hidupan Liar dan Dokumentari Umum Bukan Siaran.

Mary Kay, yang akan mengumumkan strategi kelestarian global mereka pada akhir tahun ini, akan bekerjasama dengan CEO Mandat Air dan Prinsip Samudera Lestari bagi Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk meningkatkan komitmen mereka terhadap pengawasan air.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya 57 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210608005357/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

No comments:

Post a Comment