Thursday, June 3, 2021

ECLYPSIUM DAN SECURECRAFT KINI MENAWARKAN PLATFORM INTEGRITI PERANTI PERUSAHAAN KEPADA PASARAN SINGAPURA DAN MALAYSIA

PORTLAND, Ore., 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Eclypsium®, syarikat integriti peranti perusahaan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan SecureCraft PTE. Ltd, sebuah pengedar keselamatan IT berdaftar yang berpangkalan di Singapura bagi Singapura dan Malaysia. Dengan memanfaatkan kepakaran pasaran mereka dan jangkauan rangkaian dan saluran yang sedia ada, Securecraft akan mengetuai pengenalan Eclypsium ke pasaran tempatan, dan akan menyediakan sokongan serantau kepada integrator sistem dan penjual semula bagi produk dan perkhidmatan Eclypsium.

Dengan sebuah landskap ancaman siber global yang sentiasa berkembang, organisasi global dan peranti perusahaan mereka telah menjadi semakin rentan terhadap risiko. Melalui satu platform tunggal, teknologi Eclypsium menguruskan kerumitan bagi keselamatan perusahaan merentasi kebanyakan peranti kritikal bagi sesebuah organisasi, dengan satu pendekatan menyeluruh kepada inventori peranti dan perisian tegar atau firmware, pengurusan kerentanan, dan pengesanan ancaman dan penampungan perisian tegar.

“Sebagai sebuah pengedar yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyelesaian keselamatan, SecureCraft memahami cabaran dan risiko yang dihadapi oleh organisasi di dalam landskap yang didorong oleh maklumat pada hari ini,” kata Yuriy Bulygin, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Eclypsium. “Keupayaan ancaman pelaku semakin maju dan organisasi memerlukan satu penyelesaian yang dapat secara holistik memerangi kerumitan ancaman siber yang semakin meningkat. Kami amat bangga kerana dapat menjalin kerjasama dengan Securecraft untuk memperluaskan jangkauan kami di Asia, untuk menyampaikan platform keselamatan peranti Eclypsium dan menyediakan kepada organisasi dengan pengesanan dan tindak balas kebolehlihatan dan ancaman yang paling menyeluruh merentasi semua peranti perusahaan mereka.”

ECLYPSIUM DAN SECURECRAFT KINI MENAWARKAN PLATFORM INTEGRITI PERANTI PERUSAHAAN KEPADA PASARAN SINGAPURA DAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment