Wednesday, June 30, 2021

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGALU-ALUKAN AHLI LEMBAGA BAHARU

Tambahan baharu mencerminkan perspektif global komuniti sekolah perniagaan yang pelbagai

RESTON, Va., 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), sebuah persatuan global untuk sekolah perniagaan siswazah terkemuka, hari ini mengumumkan penambahan empat orang ahli lembaga pengarah yang baharu. Katy Montgomery, Dekan Bersekutu, Program Ijazah, INSEAD; François Ortalo-Magné, Dekan, London Business School; dan Giuseppe Soda, Dekan, SDA Bocconi School of Management, Universiti Bocconi, akan memulakan penggal tugas mereka pada 1 Julai. Selain itu, Yuan Ding, Naib Presiden dan Dekan China Europe International Business School (CEIBS), dilantik sebagai lembaga pengarah pada bulan Januari tahun ini untuk mengisi kekosongan Enase Okonedo dari Universiti Pan-Atlantik.

“Lembaga pengarah GMAC yang baharu mewakili sekolah perniagaan terkemuka dengan kampus yang terletak di 10 buah negara di seluruh Eropah, Asia, Amerika Utara, Afrika dan Timur Tengah,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Seiring dengan pergerakan pelajar yang kembali pulih dalam dunia selepas pandemik, saya tidak sabar untuk bekerja di samping kumpulan pemimpin yang pelbagai ini ― dan seluruh lembaga GMAC ― untuk terus memajukan visi GMAC bagi memastikan semua individu yang berbakat mendapat manfaat daripada pendidikan perniagaan yang terbaik untuk mereka.”

Ahli Lembaga GMAC Baharu

Yuan Ding, Naib Presiden dan Dekan, Pengerusi Cathay Capital dalam Perakaunan, CEIBS

Yuan Ding ialah Naib Presiden dan Dekan serta Pengerusi Profesor Perakaunan Cathay Capital di CEIBS, beliau telah berikan pengiktirafan CEIBS Teaching Excellence Award sebanyak tiga kali. Sebelum menyertai CEIBS, beliau merupakan ahli fakulti tetap Sekolah Pengurusan HEC, Paris, Perancis. Beliau ialah ahli Persatuan Perakaunan Eropah, Persatuan Perakaunan Perancis dan Persatuan Perakaunan Amerika. Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah dalam Perakaunan dari Institute of Enterprises Administration di University Montesquieu Bordeaux IV, Perancis, dan juga Sarjana Pentadbiran Perusahaan dari University of Poitiers, Perancis. Ding merupakan pengarang beberapa buku berkenaan laporan kewangan dan penyelidikannya terdapat dalam jurnal akademik terkemuka.

Katy Montgomery, Dekan Bersekutu, Program Ijazah, INSEAD

Sebagai Dekan Bersekutu Program Ijazah INSEAD, Montgomery bertanggungjawab terhadap kepimpinan komersial portfolio Program Ijazah INSEAD di empat buah kampus: Fontainebleau, Singapura, Abu Dhabi dan San Francisco. Tanggungjawab kefungsian beliau termasuklah strategi, pemasaran, jualan, kemasukan, bantuan kewangan dan biasiswa, operasi program, kehidupan pelajar, perkhidmatan psikologi dan perkhidmatan kerjaya. Sebelum menyertai INSEAD, beliau berkhidmat sebagai Dekan Bersekutu Pembangunan Pelajar di Johns Hopkins Carey Business School. Montgomery memegang ijazah dalam Sains Politik dari Loyola University New Orleans dan ijazah Juris Doctor dari Georgetown University Law Center.

François Ortalo-Magné, Dekan, London Business School

François Ortalo-Magné ialah Dekan kesembilan London Business School (LBS), jawatan yang beliau pegang sejak Ogos 2017. Beliau mengetuai satu strategi yang berfokus pada (1) penyelidikan akademik dan kesannya, (2) inovasi pembelajaran dan penglibatan alumni dan (3) keterangkuman, berusaha untuk mencapai kesamaan jantina dan kepelbagaian sosio-ekonomi dan etnik yang lebih besar. Sejak memegang peranan ini, Ortalo-Magné telah mengetuai pelancaran semula jenama LBS, pertumbuhan program ijazah dan peningkatan ketara dalam sokongan dermawan untuk biasiswa. Penyelidikan beliau berkenaan ekonomi pasaran tanah dan perumahan telah diterbitkan dalam jurnal akademik terkemuka. Beliau telah membina pada pengalaman penyelidikan dan kepimpinannya untuk memberikan nasihat kepada pelbagai organisasi swasta, kerajaan dan berbilang sisi dan berkongsi pandangan beliau dalam outlet media utama dan persidangan di seluruh dunia. Sebelum dilantik menjadi ahli lembaga pengarah, Ortalo-Magné ialah Dekan Albert O. Nicholas dan Profesor Harta Tanah Robert E. Wangard di Wisconsin School of Business. Pelantikan akademik beliau yang pertama adalah di London School of Economics.

Giuseppe Soda, Dekan, SDA Bocconi School of Management, Bocconi University

Giuseppe “Beppe” Soda ialah Dekan SDA Bocconi School of Management dan Profesor Tetap Analisis Rangkaian dan Teori Organisasi di Bocconi University. Sebelum menjadi Dekan pada tahun 2016, jawatan beliau termasuklah berkhidmat sebagai Dekan Bersekutu untuk Penyelidikan (2007-2013), Pengarah Jabatan Pengurusan dan Teknologi (2013-2016) dan Ketua Jabatan Organisasi dan HRM (2001-2006). Beliau juga berkhidmat dengan EFMD sebagai ahli Lembaga Akreditasi EQUIS. Penyelidikan Soda mengkaji kesan prestasi yang saling mempengaruhi antara seni bina organisasi dengan rangkaian organisasi. Hasil kerjanya telah diterbitkan dalam jurnal pengurusan akademik terkemuka.

Selain ahli lembaga yang baru dilantik dan dinyatakan sebelum ini, Martin Boehm, Profesor Pemasaran dan bekas Dekan IE Business School dan bakal Rektor baharu EBS Universität für Wirtschaft und Recht, dan Themin Suwardy, Dekan Program Profesional Pascasiswazah, Singapore Management University, dilantik semula untuk penggal kedua.

GMAC juga mengiktiraf ahli lembaga yang telah tamat tempoh perkhidmatannya, Leila Guerra, Timbalan Dekan (Pendidikan) Imperial College Business School, dan Peter Tufano, Dekan Peter Moores dan Profesor Kewangan Saïd Business School, Universiti Oxford. GMAC mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan mereka sepanjang hampir empat tahun dengan organisasi kita dan sumbangan kepada komuniti pendidikan pengurusan siswazah.

Perihal GMAC

Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) ialah persatuan dipacu misi bagi sekolah perniagaan siswazah di seluruh dunia. Diasaskan pada 1953, GMAC mewujudkan penyelesaian dan pengalaman yang membolehkan sekolah perniagaan dan calon meneroka, menilai dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, persidangan industri, alat perekrutan dan penilaian untuk industri pendidikan pengurusan siswazah, serta alat, sumber, acara dan perkhidmatan yang membantu untuk membimbing calon sepanjang perjalanan pendidikan peringkat yang lebih tinggi mereka. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) merupakan penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan.

GMAC juga memiliki dan mentadbir peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT™) dan Penilaian Eksekutif (EA). Lebih 7 juta calon yang mengikuti pengajian sarjana perniagaan atau MBA telah melawat mba.com oleh GMAC pada tahun lalu untuk meneroka pilihan sekolah perniagaan, mempersiapkan diri dan mendaftar untuk ujian serta mendapatkan nasihat tentang proses kemasukan. BusinessBecause dan The MBA Tour merupakan subsidiari GMAC, sebuah organisasi global dengan pejabat di China, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14720

No comments:

Post a Comment