Tuesday, June 15, 2021

LEDDARTECH KEMBALI SEMULA KE ACARA SECARA BERSEMUKA SEBAGAI PENAJA UTAMA DAN PEMPAMER DI TECH.AD 2021 DI BERLIN JERMAN

LeddarTech menyertai Tech.AD Europe Penaja Utama dan sebagai penyampai dan pempamer di acara langsung ini di Titanic Chaussee Berlin, Jerman, pada 1-2 Julai 2021. Sertai LeddarTech sama ada secara bersemuka atau secara digital dengan mendaftar hari ini di autonomous-driving-berlin.com


QUEBEC CITY, 15 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, berasa teruja untuk merancakkan semula kalendar acara fizikalnya sebagai penaja utama dan penceramah ucaptama Tech.AD. Tech.AD telah lama dikenali sebagai salah satu persidangan teknikal ADAS dan AD utama di Eropah. CTO LeddarTech Pierre Olivier akan menjadi juri kehormatan untuk Anugerah Tech.AD Europe Tahunan yang ke-8. Anugerah ini mengiktiraf individu dan organisasi yang telah mereka bentuk penyelesaian atau produk luar biasa yang menyumbang kepada pembangunan automotif ADAS/AD.

Dengan fokus terhadap penderiaan alam sekitar yang mengimaginasikan semula penyelesaian ADAS dan AD, pasukan LeddarTech akan menyertai dalam beberapa kapasiti pada acara ini.

Pembentangan ucapan dasar: 1 Julai 2021, 4:45 petang – 5:05 petang Waktu Eropah Tengah

Topik: Sensing Modalities, Sensor Fusion, and Perception for Autonomous Driving. Penceramah, Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi LeddarTech, akan menerokai cabaran dan peluang menarik yang dihadapi oleh komuniti perniagaan ADAS dan AD.

Sesi World Café: 2 Julai, 2021, 1:15 petang – 3:35 petang Waktu Eropah Tengah

Topik: Sensor Café – Object Fusion vs. Raw Sensor Fusion – What Is the Superior Solution? Moderator: Reza Rashidi Far, PhD, dan André Malz, PhD, bahagian Pengurusan Produk Strategik LeddarTech. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14655

No comments:

Post a Comment