Friday, June 25, 2021

DIGITALISASI MAMPU TINGKATKAN PRODUKTIVITI SYARIKAT

KUANTAN, Pahang, 24 Jun (Bernama) -- Digitalisasi merupakan perubahan yang dikaitkan dengan penggunaan  teknologi digital dalam semua aspek samada terhadap individu, organisasi dan mahupun sesebuah negara.

YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang turut menggalakkan syarikat menggunakan teknologi digital dalam pengurusan operasi perniagaan mereka bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing syarikat terutamanya semasa pandemik Covid-19.  Beliau berkata, teknologi digital membolehkan proses kerja dilaksanakan dengan lebih cepat, cekap serta lebih fleksibel.

Sehubungan dengan itu,  Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Wilayah Pantai Timur menganjurkan e-Seminar Peningkatan Produktiviti melalui Digitalisasi dan Virtual Digital Clinic yang dilaksanakan secara maya melalui platform GotoWebinar.

Antara objektif program ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan penggunaan teknologi digital bagi membantu syarikat meningkatkan produktiviti. Selain itu juga, 3 sesi Virtual Digital Clinic (VDC) turut dijalankan bagi memberi maklumat yang lebih mendalam dan praktikal kepada peserta berkaitan penggunaan teknologi digital. Peserta juga dapat berinteraksi bersama-sama dengan penceramah-penceramah yand dijemput di e-seminar dan VDC tersebut.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian secara maya menerusi platform GotoWebinar di sini pada 22 Jun 2021.

Mengulas mengenai program yang dijalankan, Dato’ Abdul Latif Hj Abu Seman, Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), berkata “e-seminar ini diadakan tepat pada masanya bagi menggalakkan pengunaaan teknologi digital dalam urusan perniagaan bagi membantu meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi. Malah penggunaan teknologi juga dapat membantu syarikat memperolehi pulangan yang drastik dan besar dalam perniagaan mereka,

Beliau turut memaklumkan Nexus Produktiviti Digital (DPN) telah diwujudkan dengan berperanan untuk mengkoordinasikan dan mempromosikan penggunaan teknologi digital yang berkesan melalui inisiatif Go Big With Digital dengan memberi kesedaran, meningkatkan pemahaman dan memudahkan penggunaan teknologi digital.

Sebanyak tiga pembentangan kertas kerja dibentangkan pada e-seminar tersebut.  Antaranya  tajuk berkaitan “Meningkatkan Kecekapan Operasi Syarikat Melalui Digitalisasi”  oleh En. Azri Che Mukhtar dari CMi Hall & Event Space. Pembentangan kedua dari En. Md Hamdi Mohd Mokhtar dari Dattel dengan tajuknya “Penggunaan Data Analytic dalam Mengembangkan Perniagaan Anda”. Selain itu, tajuk pembentangan berkaitan penggunaan Teknologi Internet of Things (IoT) dalam dalam bidang pertanian khususnya penanaman cili turut dibentangkan oleh En. Munir Asim Abdullah dari GrasiCili Plt.

Tiga sesi Virtual Digital Clinic secara serentak juga turut diadakan dimana sesi 1 bagi menerangkan berkaitan inisiatif dan geran yang ditawarkan oleh MPC dalam mengalakkan syarikat PKS menggunakan teknologi digital dalam operasi mereka. Taklimat berkaitan inisiatif Myreskill IoT disampaikan oleh YBrs Dr. Halimahton Sa’diah Let dan Pn. Safniwati Jasri menerangkan berkaitan Industry4WRD Readiness Assessment. Selain itu juga MPC menjemput dua orang Facebook Certified Trainer iaitu Pn Suraya Ali bagi menerangkan berkaitan Pemasaran Konten Melalui Blog dan Puan Nik Samihah Nik Muhammad berkaitan Perniagaan Marketplace Shopee dan Design Poster.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14698

No comments:

Post a Comment