Saturday, June 26, 2021

LIQUID INSTRUMENTS MEMPERKENALKAN MOKU:PRO - PLATFORM INSTRUMENTASI BERPRESTASI TINGGI YANG DITAKRIF PERISIAN UNTUK JURUTERA DAN SAINTIS

Seni bina baharu yang menyampaikan sembilan instrumen dengan keupayaan pengukuran masa nyata kepada makmal penyelidikan


CANBERRA, Australia dan SAN DIEGO, 24 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Liquid Instruments, pembawa pembaharuan dalam instrumentasi yang ditakrif perisian tepat, hari ini mengumumkan Moku:Pro, sebuah platform berprestasi tinggi untuk kejuruteraan dan makmal penyelidikan.

Moku:Pro mempercepat peralihan daripada ujian fungsi tetap dan perkakasan pengukuran tradisional kepada pendekatan berdasarkan tatasusunan pintu medan boleh program (FPGA) yang fleksibel dengan menjadikan instrumen berkualiti tinggi boleh dicapai dalam platform bersepadu yang boleh dinaik taraf melalui perisian.

“Penyelidik dalam bidang kejuruteraan dan fizik berdepan dengan keperluan yang sentiasa berkembang - dengan perubahan yang berlaku pada jangka masa yang lebih pendek daripada jangka hayat peralatan ujian”, kata Daniel Shaddock, CEO Liquid Instruments. “Seni bina perkakasan Moku:Pro yang didayakan oleh perisian membolehkannya berkembang seiring dengan perkembangan aplikasi anda, sesuatu yang mustahil dengan peralatan ujian konvensional.”

Moku:Pro mengehoskan sembilan instrumen hebat, termasuklah osiloskop, amplifier kunci masuk, pengawal PID, meter fasa, penjana bentuk gelombang arbitrari, pengelog data, penganalisis spektrum, penganalisis respons frekuensi dan penjana bentuk gelombang untuk memastikan penyelidik mempunyai instrumentasi yang diperlukan untuk mencirikan persediaan dan melaraskan eksperimen mereka dengan cepat. Platform ini telah direka untuk memenuhi keperluan penyelidik dalam pelbagai lapangan, daripada bidang aeroangkasa sehinggalah semikonduktor. Suit instrumen Moku:Pro sangat sesuai untuk aplikasi fotonik, termasuk spektroskopi, mikroskopi, metrologi, pengesanan gelombang graviti, penstabilan laser aktif dan pengkomputeran kuantum. 

“Pengkomputeran kuantum memacu had prestasi elektronik, optik dan pemprosesan isyarat masa nyata yang fleksibel. Kami melihat instrumentasi yang ditakrif perisian sebagai masa depan sistem ujian dan pengukuran untuk pengkomputeran kuantum”, kata Andrew Horsley, CEO dan Pengasas bersama Quantum Brilliance, sebuah syarikat pengkomputeran tindanan penuh berkenaan teknologi berlian suhu bilik.  “Moku:Pro merupakan tenaga kerja makmal dan salah satu alat fotonik paling versatil yang pernah kami saksikan”. 

Membawa Instrumentasi Ke Era Moden
Moku:Pro membawa ujian dan pengukuran ke era moden, membolehkan jurutera dan penyelidik bertukar instrumen secara dinamik, tanpa memerlukan pelbagai peranti kendiri.  Teknologi sebatian ADC Lanjutan memastikan setiap instrumen boleh berfungsi dengan kepekaan optimum daripada RF kepada frekuensi akustik tanpa menjejaskan prestasi fleksibiliti. Ketersambungan penuh melalui Wi-Fi, Ethernet dan USB-C memastikan konfigurasi mudah standard industri. 

Manfaat utama instrumentasi yang ditakrif perisian ialah instrumen ini akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Moku:Pro boleh menerima kemas kini secara wayarles untuk memberikan spesifikasi, instrumen baharu atau keupayaan yang serba baharu yang dipertingkatkan. Pengguna boleh menjangka untuk melihat manfaat ini seawal bulan September setelah Liquid Instruments merancang untuk mengeluarkan ciri yang akan membolehkan Moku:Pro menjalankan beberapa instrumen bersama instrumen lain bersilih ganti tanpa mematikan mana-mana instrumen. Dalam mod pelbagai instrumen ini, instrumen boleh digabungkan dan disambungkan untuk membentuk talian paip pemprosesan isyarat yang canggih. Selain itu, alat berasaskan awan baharu juga dirancang untuk dikeluarkan pada bulan September, yang akan membolehkan pengguna untuk terus memprogramkan FPGA Moku:Pro. Dengan keupayaan ini, pengguna boleh melaksanakan algoritma pemprosesan isyarat yang unik dan mencipta instrumen tersuai mereka sendiri, yang akan melebarkan lagi jurang dengan perkakasan konvensional. 

Spesifikasi Moku:Pro

· 4 input dan output analog
· Sebatian input ADC (10 bit + 18 bit) untuk aplikasi hingar rendah, lebar jalur yang tinggi
· Kadar pensampelan 5 GSa/s (1 saluran), 1.25 GSa/s (4 saluran)
· 9 instrumen bersepadu, termasuk amplifier kunci masuk DC-600 MHz
· SSD 120 GB untuk storan atas papan berkelajuan tinggi
· Sokongan API untuk Python dan MATLAB
· Bermula pada $12,000 untuk konfigurasi asas, sehingga $20,000 untuk suit penuh.
 
Sejarah Kejayaan 
Pasukan kepimpinan teknikal Liquid Instruments membawa kepakaran yang mendalam dalam pengukuran kompleks dengan pengalaman dari Australian National University, Max Planck Institute, Lockheed Martin, Caltech dan Jet Propulsion Laboratory NASA. Moku:Pro mengembangkan rangkaian penyelesaian yang ditakrif perisian daripada Moku:Lab, iaitu platform dua belas instrumen bagi penyelidikan, dan yang terbaru, Moku:Go, penyelesaian makmal lengkap dan mudah alih untuk pendidikan siswazah. 

Untuk maklumat lanjut tentang Moku:Pro, layari: liquidinstruments.com 

Perihal Liquid Instruments
Liquid Instruments ialah peneraju dalam instrumentasi yang ditakrif perisian tepat dan merevolusikan cara pelajar, jurutera dan saintis belajar, bekerja dan meneroka. Barisan produk penyelesaian perkakasan dan perisian mereka memanfaatkan kuasa berkomputer FPGA moden untuk mencipta instrumentasi yang boleh disesuaikan untuk mengawal eksperimen serta memperoleh dan menganalisis data. IP dalam perkakasan ditakrif perisian pasukan ini membolehkan produk Moku dikonfigurasikan dalam lapangan secara dinamik, menawarkan pelbagai situasi eksperimen dan kawalan proses yang sentiasa berubah. Untuk maklumat lanjut, lawati https://liquidinstruments.com

Projek ini menerima dana daripada Kerajaan Australia. Liquid Instruments meluahkan rasa penghargaan di atas pembiayaan dan sokongan Kerajaan Komanwel Australia melalui program CRC-P yang dikendalikan oleh Jabatan Inovasi Industri dan Sains. 

Orang Hubungan Media
Codeword untuk Liquid Instruments
liquidinstruments@codewordagency.com
801-703-4092 

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/37cb06a3-2242-4fe9-b6d2-0243a826051f 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8e84cd5f-7bf1-4276-9950-f57a12cfac19 

Sumber: Liquid Instruments

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment