Friday, June 25, 2021

PENERBANGAN PERSENDIRIAN YUGO BERKEMBANG DI ASIA TENGGARA

 


 Table

Jet peribadi jarak pertengahan Gulfstream G200 Penerbangan Persendirian Yugo (Foto: Business Wire)


SINGAPURA, 25 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yugo, platform penerbangan persendirian yang berkembang pesat telah baru-baru ini melancarkan laluan sewa khas terbaharu mereka di Thailand, Kemboja, Malaysia dan Filipina; satu petanda bahawa syarikat penerbangan persendirian yang berpangkalan di Singapura itu sedang bersiap sedia untuk pertumbuhan di Asia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210623005498/en/
 
Dengan memanfaatkan rangkaian helikopter dan jet mereka, Yugo adalah platform mobiliti udara pertama yang menghubungkan Asia Tenggara dengan seluruh Asia Pasifik.

Dengan hanya beberapa klik dan berdasarkan kepada pilihan mereka, pelanggan boleh meminta dan mencari penerbangan bagi jet dan helikopter peribadi daripada satu inventori penerbangan dan laluan yang tersedia.

Beroperasi pada masa ini di Asia Tenggara, Yugo telah meningkatkan jangkauan pelanggan mereka dan armada mereka di rantau itu dalam tempoh masa kurang daripada satu tahun, di tengah-tengah pandemik itu.

Menurut Camille Ngo, Pengurus Komersial Yugo: “Misi kami adalah untuk menyediakan segala kemungkinan bagi pelanggan kami untuk terbang secara peribadi ke mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan helikopter atau jet peribadi.”

Camille, yang mengetuai operasi komersial bagi syarikat itu menambah, “Kami berhasrat untuk mencapai satu keadaan penerbangan yang mapan, dengan mengambil kira aspek persekitaran dan tanggungjawab kemasyarakatan”.

Hari ini, untuk mencadangkan penerbangan sewa khas ke lebih 150 destinasi di Asia, Yugo telah membina sebuah armada terdiri daripada lebih 50 pesawat dalam rangkaian mereka, dari beberapa pengeluar pesawat terbaik dalam industri penerbangan seperti jet peribadi Gulfstream, Bombardier, Cessna Textron Aviation dan Dassault Falcon serta helikopter Bell, Airbus, Leonardo atau Robinson. Pesawat itu dipilih untuk keselesaan dan privasi penumpang dari Dubai ke Langkawi, Cebu ke Bali, Sihanoukville ke Shanghai atau Koh Samui ke El Nido, melakukan perjalanan untuk urusan perniagaan mahupun bagi tujuan bersantai.

Jim Baldy, Ketua Pegawai Eksekutif Yugo berkata “Covid-19 telah membentuk semula industri pelancongan sejak tahun 2020. Ini adalah detik yang paling mencabar dalam sejarah penerbangan dan ia telah menguji daya ketahanan kami. Kami telah menyesuaikan cadangan nilai kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami dalam cara yang paling fleksibel, selamat dan terjamin. Dengan semua rintangan yang kami hadapi, kami harus mencari jalan untuk berinovasi, mengekalkan prestasi dan bergerak ke hadapan melalui tahun 2020 dan 2021.”

Dari Asia Tenggara sehingga ke Asia Pasifik, penerbangan popular termasuk penerbangan helikopter atas permintaan, khidmat angkut lapangan terbang, lawatan helikopter, khidmat angkut pulau peribadi, penerbangan perubatan rentas sempadan, pemindahan kecemasan dalam negara atau penerbangan jet perniagaan rentas sempadan, antara lain.

Sesungguhnya, walaupun penerbangan komersial belum meningkat sepenuhnya, penerbangan persendirian telah pulih pada kadar yang lebih pantas. Yugo bersedia untuk terus menyediakan perkhidmatan penerbangan kepada pelanggan dengan keperluan untuk terbang secara peribadi di kawasan Asia Pasifik.

Maklumat mengenai Yugo

Yugo Global Industries Pte Ltd adalah sebuah syarikat penerbangan persendirian yang memberi tumpuan kepada menyediakan penerbangan peribadi dengan helikopter dan jet perniagaan pada kos yang optimum di mana sahaja, pada bila-bila masa. Perkhidmatan penerbangan Yugo dikuasakan oleh platform mobiliti udara mereka dan rangkaian global mereka di seluruh Asia Pasifik.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210623005498/en/

Hubungi

Camille Ngo
Pengurus Komersial
camille@yugoplus.com
www.yugoplus.com

Sumber : Yugo Global Industries Pte Ltd

No comments:

Post a Comment