Thursday, October 4, 2018

AETHON LANCAR LOGICOS, SEBUAH KIT PERALATAN UNTUK MENGINTEGRASIKAN ROBOT MUDAH ALIH BERAUTONOMI TUG KEPADA SISTEM PLC YANG STANDARD INDUSTRI

PITTSBURGH, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aethon mengumumkan pelancaran sebuah kit peralatan integrasi yang baharu, LogicOS, yang dicipta untuk menyediakan kawalan langsung pihak ketiga terhadap robot mudah alih berautonomi TUG mereka (AMR) dengan menggunakan pengawal logik yang boleh diprogramkan yang standard industri (PLC). Aethon akan mendemonstrasikan fungsi ini buat kali pertama di MOTEK 2018 di Stuttgart, Jerman.

LogicOS memudahkan komunikasi arahan dan kawalan di antara kelengkapan, peralatan dan sensor yang berautomasi yang dipantau oleh PLC, dan robot mudah alih berautonomi TUG. Di samping itu, LogicOS menyediakan sebuah lapisan kecerdasan bagi kawalan tugas dan penyelarasan dan menyokong integrasi dengan HMI untuk membolehkan kawalan dan pengurusan robot Aethon di keseluruhan kemudahan. Keupayaan LogicOS ini membolehkan proses integrasi yang lebih besar dan seterusnya mewujudkan teknologi AMR Aethon sebagai penting kepada strategi dan inisiatif Industri 4.0 bagi sesebuah pengeluar. Selepas dikeluarkan, LogicOS akan memasukkan sebuah pustaka arahan bagi peristiwa TUG yang telah ditetapkan dan sebuah aplikasi sampel sebagai blok bangunan untuk mempercepatkan usaha pelaksanaan bagi integrator dan pelanggan.

"LogicOS adalah satu lagi inovasi teknologi yang membolehkan dari Aethon. Kami percaya sebuah AMR hanya berdaya maju jika ia adalah merupakan sebahagian daripada aliran kerja, proses dan sistem persekitaran keseluruhan bagi sesebuah kemudahan. Autonomi memerlukan lebih banyak interaktiviti dan integrasi. LogicOS menyediakan kawalan yang beresolusi halus yang diperlukan oleh pelanggan perindustrian yang sudah menggunakan PLC yang standard," kata Aldo Zini, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Aethon.

Maklumat mengenai Aethon

Aethon, sebuah syarikat milik Vision Technologies Systems, Inc. (VT Systems), adalah merupakan robot penyampaian mudah alih berautonomi yang terkemuka dan mengautomatikkan logistik dalaman di dalam persekitaran pembuatan, hospital, dan perhotelan dengan menyampaikan barangan dan bekalan dengan menggunakan robot mudah alih berautonomi TUG mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aethon.com.  

VT Systems adalah sebuah syarikat kejuruteraan yang menyediakan penyelesaian bersepadu kepada pasaran komersial dan kerajaan di dalam sektor aeroangkasa, elektronik, sistem tanah dan sektor marin. Penyelesaian, produk dan perkhidmatan VT Systems yang berinovatif termasuk penyelenggaraan pesawat, pembaikan dan pengubahsuaian; penyelesaian perisian di dalam latihan dan simulasi; teknologi komunikasi IP berasaskan satelit; penyelesaian rangkaian yang mengintegrasikan data, suara dan video; komputer lasak dan peralatan periferal komputer; badan treler dan treler yang khusus; senjata dan sistem persenjataan; peralatan pembinaan jalan; dan reka bentuk kapal dan pembinaan kapal. Beribu pejabat di Alexandria, Va., VT Systems beroperasi secara global dan merupakan sebuah anak syarikat milik sepenuhnya ST Engineering. Sila layari www.vt-systems.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181004005154/en/

Hubungi

Aethon
Tony Melanson, 412-322-2975
Naib Presiden Pemasaran
Tmelanson@aethon.com

Sumber : Aethon

No comments:

Post a Comment