Monday, October 29, 2018

LEDDARTECH MENINGKATKAN KEPAKARAN AUTOMOTIF DALAM LEMBAGA PENGARAH

Peter Marks menyertai Lembaga Pengarah LeddarTech, membawakan pengalaman seantero dunia daripada teknologi automotif dan industri pengilangan, selari dengan perkembangan LeddarTech.
 

BANDAR QUEBEC, 29 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, pembangun platform pembangunan LiDAR bentuk pepejal yang berprestasi tinggi dan jimat kos untuk industri automotif mengumumkan bahawa Peter Marks telah dilantik untuk menyertai Lembaga Pengarah LeddarTech.
 
En. Marks yang juga merupakan pengasas Executive Consulting Charleston bertapak di South Carolina, AS memiliki pengalaman meluas dan pernah berkhidmat di beberapa Lembaga Pengarah. Kini, beliau menjadi ahli lembaga di Broadcom Inc. dan Penasihat Eksekutif di Gryphon Investors. En. Marks membawakan pengalaman berdekad dalam industri automotif, terutamanya daripada jawatan sebelum ini sebagai Pengerusi, Presiden dan CEO Robert Bosch LLC dan memikul tanggungjawab mengendalikan pengilangan di Amerika dan global. Beliau memiliki ijazah sarjana kejuruteraan daripada Fachhochschule Konstanz of Applied Sciences, Jerman.
 
“LeddarTech telah menjadi terkenal dalam pasaran LiDAR dengan platform pembangunan LiDAR Automotifnya,” kata Michel Brûlé, Pengerusi Lembaga di LeddarTech. “Hal ini telah menarik golongan profesional terbaik untuk menyertai kami sebagai pekerja dan ahli lembaga. En. Marks ialah salah seorang daripada mereka. Kepakaran dan pengalaman beliau sangat bernilai, terutamanya pemahaman yang mendalam tentang pasaran automotif dan kejayaan sebagai pembekal untuk industri ini,” tambah Brûlé.
 
“Kami mengalu-alukan En. Marks ke Lembaga Pengarah LeddarTech,” kata Charles Boulanger, CEO, LeddarTech. Beliau menambah, “Pengalaman En. Marks sebagai ahli lembaga dan eksekutif automotif akan menyumbang kepada kejayaan LeddarTech dalam pasaran. Di samping perkembangan LeddarTech yang lain, penyertaan En. Mark menyumbang kepada matlamat strategik LeddarTech untuk menjadi platform LiDAR automotif yang paling meluas.”
 
Kata En. Marks, “LeddarTech berkembang di persada antarabangsa dengan pesat, dan saya menghargai peluang untuk menyumbang kepada kejayaan syarikat ini sebagai ahli lembaga.” Beliau menambah, “LeddarTech telah mendekati beberapa syarikat Peringkat 1 dengan platform pembangunan LiDAR automotif. Saya bersedia untuk menyertai ahli lembaga untuk membantu pasukan eksekutif memastikan perancangan dan pelaksanaan projek teknologi yang sempurna ke arah pemanduan berautonomi.”
 
Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju industri dalam pembangunan platform pembangunan LiDAR automotif yang versatil dan mudah digunakan. Platform tersebut adalah berdasarkan Enjin Leddar unik yang mengandungi suite SoC yang diluluskan keselamatan fungsian gred automotif yang digunakan bersama perisian Leddar SP. Syarikat tersebut juga mengeluarkan beberapa inovasi teknologi dalam aplikasi sensor jauh mobiliti yang canggih. Keselamatan aktif automotif, pemanduan autonomi, pengangkutan pintar, kenderaan dalam bandar dan banyak lagi telah ditingkatkan dengan teknologi LeddarTech dipatenkan.
 
Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.LeddarTech.com dan di LinkedInTwitter atau YouTube.
 
Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com
 
LeddarTech, Leddar, dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.
 
Sumber: LeddarTech inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment