Monday, October 29, 2018

EMQ MEMENANGI ANUGERAH RED HERRING GLOBAL 100 TERKEMUKA YANG BERPRESTIJ

SAN FRANCISCO & HONG KONG, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EMQ, sebuah rangkaian penyelesaian kewangan terkemuka di Asia, telah diberi penghormatan sebagai sebuah pemenang bagi anugerah Red Herring Global 100 Terkemuka 2018 yang berprestij itu. Anugerah itu mengiktiraf inovasi dan teknologi bagi syarikat permulaan yang terkemuka dari Amerika Utara, Eropah, dan Asia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181028005045/en/

Red Herring 100 Terkemuka, yang kini memasuki tahun ke-22, merupakan satu daripada penghargaan yang paling dihormati di dalam industri itu. Pemenang tahun ini bagi Global 100 Terkemuka telah dipilih oleh sebuah panel Hakim bebas yang pakar dan pasukan editorial Red Herring yang didasarkan kepada kriteria kuantitatif dan kualitatif, seperti prestasi kewangan, inovasi teknologi, kualiti pengurusan, strategi, dan penembusan pasaran. Penilaian terhadap potensi ini dilengkapkan oleh satu kajian semula terhadap rekod prestasi dan kedudukan bagi permulaan berbanding dengan  rakan sejawat mereka, yang membolehkan Red Herring untuk melihat melepasi "buzz" itu dan membuat senarai itu sebagai satu instrumen bernilai bagi penemuan dan advokasi untuk model perniagaan baharu yang paling mempunyai harapan dari seluruh dunia.

"Di EMQ, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan penyelesaian yang paling fleksibel dan komprehensif kepada pelanggan kami, yang memberi kuasa kepada mereka untuk berkembang ke pasaran-pasaran yang pesat berkembang menerusi rangkaian penyelesaian kewangan kami yang meluas merentasi Asia," kata Max Liu, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, EMQ. "Kami berasa dihormati kerana diiktiraf oleh Red Herring, yang merupakan satu bukti kepada seluruh pasukan EMQ di atas komitmen kami terhadap kecemerlangan perkhidmatan pelanggan dan inovasi teknologi dalam mendefinisikan semula ekosistem pembayaran."

"Memilih syarikat-syarikat yang mempunyai potensi yang paling mantap bukanlah sesuatu yang mudah," kata Alex Vieux, penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Red Herring. "Selepas perbincangan rapi dan berfikir secara mendalam, kami telah mengecilkan senarai kami dari ratusan calon dari seluruh pelusuk dunia kepada 100 Pemenang Utama. Kami percaya EMQ merangkumi visi, dorongan dan inovasi yang mendefinisikan sebuah usaha niaga keusahawanan yang berjaya. EMQ harus berbangga dengan pencapaiannya."

Senarai Global 100 Terkemuka Red Herring telah menjadi satu tanda kecemerlangan bagi mengenal pasti syarikat dan usahawan yang mempunyai masa depan yang cerah. Editor-editor Red Herring adalah di antara yang pertama untuk mengiktiraf bahawa syarikat-syarikat seperti Facebook, Twitter, Google, Yahoo, Skype, Salesforce.com, YouTube, dan eBay akan mengubah cara kita hidup dan bekerja.

Maklumat mengenai EMQ

EMQ adalah sebuah rangkaian penyelesaian kewangan terkemuka di Asia, dengan menyediakan pilihan pemindahan wang yang selamat dan berpatutan bagi perniagaan dan orang perseorangan. Dengan aset kami dilaburkan di Asia, EMQ telah mewujudkan satu rangkaian kawal selia yang diluluskan dan meluas yang menyediakan akses segera kepada ribuan mata pengedaran merentasi Asia Utara dan Tenggara. Untuk maklumat lanjut, www.emq.com

Maklumat mengenai Red Herring

Red Herring adalah sebuah syarikat media global yang menyatukan inovator berteknologi tinggi yang terbaik di dunia, pelabur teroka dan pembuat keputusan perniagaan di dalam pelbagai forum: sebuah majalah inovasi terkemuka, sebuah perkhidmatan berita teknologi harian dalam talian, surat berita teknologi dan acara-acara  utama untuk pemimpin teknologi di seluruh dunia. Red Herring menyediakan satu akses orang dalam kepada ekonomi inovasi global, dengan memaparkan pandangan yang tidak ada tandingan mengenai teknologi baru muncul yang memacukan ekonomi.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181028005045/en/

Hubungi

Media:
EMQ
Genevieve Li, +852 9200 3892
Genevieve@emq.com

Sumber : EMQ

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment