Wednesday, October 31, 2018

OSAKA, BANDAR RAYA KEDUA TERBESAR DI JEPUN. SEBUAH TAPAK BAHARU BAGI SEKAI HOTEL TELAH DIBUKA, MERUBAH SEBUAH STESEN DEPAN JALAN MEMBELI-BELAH YANG NOSTALGIA KEPADA SEBUAH TEMPAT UNTUK MENGALAMI BUDAYA BIASA JEPUN YANG SEBENAR

Popular di kalangan orang Eropah dan Asia yang menghargai pengalaman kebudayaan, walaupun baharu sahaja dibuka. Ini adalah sebuah hotel yang berfungsi untuk melakukan kebaikan sosial, menghalang isu-isu sosial seperti pengurangan penduduk serantau dan meninggalkan kediaman, dan melindungi sifat sebenar Jepun ketika ia hilang di tengah-tengah pembangunan berskala besar.


OSAKA, Jepun, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SEKAI HOTEL, Inc., yang beribu pejabat di Bandar raya Osaka, Wilayah Osaka, Koichi Yano, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, telah membuka SEKAI HOTEL FUSE, membangunkan semula keseluruhan kawasan jalan membeli-belah yang menghadap Stesen Fuse, dalam sebuah masyarakat setempat yang kira-kira sepuluh minit perjalanan dengan menaiki kereta api dari pusat Osaka, bandar raya kedua terbesar di Jepun.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181030005584/en/

Komuniti Tempatan yang Semakin Menghilang Meningkatkan suatu Rasa Cemas 
Jepun semakin menjadi sebuah destinasi pelancongan untuk pengunjung dari luar negara, sebahagiannya disebabkan oleh populariti program dan filem televisyen anime, dan buku-buku komik manga. Ketika lokasi-lokasi yang berbeza di seluruh Jepun berfungsi untuk mewujudkan kandungan yang akan menarik kepada pelancong, kita melihat pembangunan bandar menggantikan kedai-kedai kopi tempatan, di mana penduduk telah berkumpul selama beberapa dekad, dengan rantaian kedai kopi yang besar, dan kita melihat restoran-restoran kecil yang menawarkan citarasa masakan gaya rumah Jepun sejak sekian lama kini perlu ditutup kerana tidak ada sesiapa lagi yang tinggal untuk menjalankan perniagaan itu. Terdapat suatu kesedaran yang semakin meningkat tentang isu-isu sosial yang mengakibatkan di dalam kehilangan budaya Jepun yang sebenar.

KONSEP: Yang biasa adalah apa yang sepatutnya dialami, terutamanya ketika melancong ke luar negara.
SEKAI HOTEL percaya bahawa terdapat nilai di dalam mengalami budaya melalui pelancongan, terutamanya dari segi pengalaman budaya yang lebih mendalam yang dapat ditemui dalam kehidupan biasa orang Jepun. Terdapat suatu keseronokan di dalam pengalaman pelancong yang sebenar yang datang daripada percubaan untuk berkomunikasi dengan orang tempatan, sama ada dengan kemahiran bahasa yang tidak sempurna, atau bahkan dengan menggunakan gerak isyarat. Kita sedang berusaha untuk mewujudkan nilai-nilai pelancongan yang baharu yang boleh dipanggil sebagai biasa dan juga sedang mencuba untuk menarik nilai-nilai dari lokasi-lokasi yang sama ada jauh dari pusat-pusat bandar Jepun atau tidak diketahui oleh pelancong.

Kaedah kami sebelum ini adalah untuk menolak pengumpulan ciri-ciri biasa hotel, seperti sebuah meja depan, bilik tetamu, kedai cenderahati, dan aktiviti, ke dalam sebuah bangunan tunggal yang besar, dan sebaliknya untuk membangunkan semula keseluruhan komuniti sebagai sebuah hotel, menghidupkan semula rumah-rumah yang anda temui kini kosong,  di sana sini, dalam komuniti tersebut. Rumah-rumah tempatan yang kosong diubahsuai dan ditukar menjadi bilik-bilik tetamu. Ciri-ciri yang biasanya anda dapati di dalam bangunan sesebuah hotel, seperti spa, restoran dan aktiviti-aktiviti, disediakan dengan kerjasama perniagaan tempatan, membangunkan sebuah hotel yang berasaskan komuniti di mana tetamu boleh menikmati dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan komuniti.

Pengalaman Biasa di SEKAI HOTEL FUSE
Kami memilih untuk membuka tapak hotel baharu kami di sebuah daerah membeli-belah yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti ini selama lebih lima puluh tahun, dan yang merentangi stesen itu ke utara dan selatan. Daerah-daerah seperti itu terdiri daripada jalan-jalan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai. Mereka berkembang di seluruh Jepun pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an, untuk menjadi wajah bagi setiap wilayah sebagai tempat terbaik untuk berbelanja. Mereka memainkan peranan penting di dalam memperkasakan komuniti mereka, menganjurkan perayaan dan menyumbang kepada komuniti sebagai pusat aktiviti. Bagi Fuse khususnya, terdapat berbaris-baris pekedai runcit, penjual buah-buahan, kedai-kedai Takoyaki (ladu sotong), gerai dengan kroket yang baru digoreng, dan penjual daging, sebahagian daripada mereka yang mempunyai sejarah yang menjangkau lebih dari satu abad. SEKAI HOTEL FUSE melihat bukan sahaja daerah membeli-belah ini, tetapi kehidupan biasa rakyat Jepun yang berpusat di sekitar daerah ini. Alami kehidupan rakyat biasa Jepun melalui komuniti ini dengan bukan hanya tinggal di sini, tetapi dengan melawat ke semua kedai yang berlainan yang mengelilingi anda.

Lokasi itu juga superlatif dari segi akses pengangkutan, dengan perkhidmatan bas terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, dan laluan kereta api terus ke destinasi-destinasi pelancongan yang terkenal termasuk Universal Studios Jepun, Dotonbori, dan Nara. Nikmati lawatan ke Jepun yang merangkumi bukan sekadar Fuse, tetapi semua tarikan serta destinasi di sekitarnya.

Satu Pelan Pelancongan yang Disyorkan

Hari 1:
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai sekitar tengah hari.
  • Mengikuti perjalanan bas selama 70 minit terus ke Stesen Fuse, yang merupakan yang paling hampir dengan SEKAI HOTEL FUSE.
  • Daftar masuk ke SEKAI HOTEL FUSE.
  • Meluangkan waktu petang dengan menerokai Nanba, pusat Osaka di bahagian selatan, hanya 10 minit perjalanan dengan menaiki kereta api.
  • Makan sambil berjalan di sekeliling Dotonbori, dan menikmati pelayaran sungai.
  • Menjamu makan malam yang agak lewat di pub izakaya Jepun yang lama di Daerah Beli-belah Stesen Fuse.
Hari 2:
  • Bangun lebih awal, dan makan sarapan pagi di sebuah kedai kopi retro di Daerah Beli-Belah Stesen Fuse.
  • Menuju ke Universal Studios Jepun, tiga puluh minit dari Stesen Fuse dengan menaiki kereta api.
  • Selepas menghabiskan masa berseronok di sana, kembali ke Fuse untuk berehat di Ebisuyu, sebuah tempat mandi awam Jepun yang lama.
Hari 3:
  • Pada hari ketiga, berjalan ke Nara yang penuh bersejarah, tiga puluh minit perjalanan dengan menaiki kereta api dari Stesen Fuse.
  • Melawat Todaiji, sebuah kuil Buddha yang mempunyai sejarah menjangkau lebih 1200 tahun, dan memberi makan kepada rusa liar di Taman Nara, di antara banyak pilihan yang tersedia untuk bersiar-siar, sebelum kembali ke Fuse.
  • Bersantai di kedai kopi di hadapan stesen itu, dan menunggu bas.
  • Mengambil bas itu terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

Mengambil Teladan dari Jepun ke Destinasi di Luar Negara
Berkongsi konsep SEKAI HOTEL dalam mengalami perkara biasa kepada seluruh dunia telah menyerlahkan penglibatan kami di dalam isu-isu penting yang memberi kesan kepada komuniti bukan bandar di Jepun, termasuk sebuah populasi yang semakin tua, penghijrahan golongan muda ke pusat-pusat bandar, dan peningkatan bilangan rumah yang terbiar. Kami juga melihat isu-isu ini, yang tersebar luas di kawasan luar bandar Jepun, yang mula muncul di negara-negara lain di Asia Timur. Oleh itu SEKAI HOTEL sedang merancang untuk mengambil kejayaan pengalaman dalam penglibatan kami di sini di Jepun ke lokasi-lokasi yang sama di luar negara.

http://bizwire.pr/SOxJ8

Teks sumber bahasa asal bagi pengumuman ini adalah versi rasmi dan autoritatif. Terjemahan disediakan sebagai satu penyesuaian sahaja, dan harus dirujuk silang dengan teks bahasa sumber, yang merupakan satu-satunya versi teks yang dimaksudkan yang mempunyai kesan undang-undang.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181030005584/en/

Hubungi

SEKAI HOTEL Inc.
Koki Mitani, +81-6-6748-0750
Pengurus Perhubungan Awam
noborder@sekaihotel.com

Sumber : SEKAI HOTEL Inc.

No comments:

Post a Comment