Tuesday, October 23, 2018

NTT COMMUNICATIONS DINILAI DI TEMPAT PERTAMA UNTUK PERTUMBUHAN DALAM KESETIAAN PELANGGAN

TOKYO, 23 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation  (NTT Com), perniagaan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh penganugerahan sebagai 'rakan yang dihargai' dalam 5 dari 12 kategori menurut edisi kedua Digital Zenith Benchmark, sebuah laporan yang diterbitkan baru-baru ini oleh Ocean82 yang mengukur evolusi berpusatkan pelanggan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20181022005018/en/

Sebanyak 866 orang, yang bekerja untuk perusahaan besar dan multinasional, telah ditemuramah tentang pengalaman mereka dengan penyedia perkhidmatan global, dengan menjana kira-kira 1,000 penilaian dan 6,000 mata data, sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu. Data itu dianalisis dengan menggunakan sebuah algoritma untuk mengira satu koefisien kerjasama, yang ditandakan oleh DZ dan dinamakan DIZEME.

Laporan itu boleh dilihat di sini.

Penanda aras 'rakan yang dihargai' melambangkan titik di mana tahap kerjasama di antara pembekal dan pelanggan berakar umbi dan berkembang. Ia mempunyai nilai 100. Markah yang melebihi tanda aras itu menggambarkan penggredan bagi kesetiaan pelanggan firma (pendukung dan rakan yang dihargai) dan mereka yang berada di bawah tanda aras itu menggambarkan penggredan bagi sebuah kesetiaan pelanggan yang rapuh atau merosot (pembelian yang biasa atau mudah). Untuk mendapatkan satu penilaian ‘rakan yang dihargai' sesebuah pembekal perkhidmatan mesti melebihi tanda aras 'rakan yang dihargai' itu. Ini dicapai melalui komitmen keseluruhan syarikat untuk memberikan suatu pengalaman pelanggan yang luar biasa. Ia memerlukan bahawa penyedia perkhidmatan menunjukkan kepuasan pelanggan yang luar biasa untuk mendapatkan kesetiaan yang mantap daripada pelanggan mereka. NTT Com dinilai sebagai sebuah rakan yang dihargai, untuk satu tahap penglibatan pelanggan yang tinggi, pada masa inovasi, pertimbangan pembelian, pembelian pertama, pemilihan perkhidmatan dan pertumbuhan dari transformasi.

Menurut Janet Watkin, Pengarah Urusan di Ocean82, "transformasi di dalam era digital memerlukan agar penyedia perkhidmatan global mendapatkan dan mengekalkan kepercayaan pelanggan mereka untuk menjadi rakan yang dihargai. Emosi itu adalah kekuatan untuk pertumbuhan dan sentimen pengguna sering didedahkan pada masa berkenaan semasa kitaran pembelian yang paling memberi kesan kepada pertumbuhan".

Pautan:
Laporan Analisis
Anugerah

Maklumat mengenai Ocean82

Ocean82 adalah sebuah firma perkhidmatan pemasaran yang mantap yang mengkhususkan diri di dalam menanda aras pengalaman perkhidmatan pelanggan untuk industri teknologi maklumat & komunikasi. Ia terkenal kerana rekod pencapaiannya di dalam analisis "Suara pelanggan" mengenai antara lain, kedudukan kompetitif, strategi perniagaan, penjenamaan, penjagaan pasca pembelian, pengurusan saluran dan sokongan prajualan. Ia mempunyai pengalaman di 30 buah negara dan 10 bahasa, sering menjadikan Ocean82 sebagai pembekal pilihan pertama untuk organisasi yang memerlukan penyelidikan dan analisis pemasaran antarabangsa yang meliputi teknologi baru muncul. www.ocean82.com

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation
 
NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 400,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Data, NTT Security, NTT DOCOMO dan Dimension Data, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20181022005018/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut
NTT Communications
Yukari Nomura (Cik) / Aoi Funagoshi (Cik), +81-3-6700-4010
Perhubungan Awam
ar-cp@ntt.com

Sumber : NTT Communications Corporation

No comments:

Post a Comment