Friday, October 12, 2018

PBS anjur bual bicara eksklusif PKR pada 14 Okt

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Putra Business School (PBS) akan menganjurkan bual bicara industri dengan Profesor Amalan PBS, Datuk Dr Hafsah Hashim mengenai topik 'Mengintegrasikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke Rantaian Nilai Global' di kampus PBS, Serdang, pada 14 Okt.

Presiden dan Ketua Eksekutif PBS, Prof Zulkornain Yusop dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, akan turut sama dalam program tersebut.

PBS dalam satu kenyataan berkata : "Sebagai mantan ketua pegawai eksekutif SME Corporation Malaysia, Hafsah sangat sesuai kerana pengalamannya yang sangat luas berdasarkan pencapaiannya yang luar biasa namun berterusan terhadap perniagaan keusahawanan.

"Sumbangan besar dan pentingnya ke arah pembinaan negara dapat memberi inspirasi kepada para pelajar."

Program menyasarkan perkongsian beberapa pandangan mengenai PKS secara keseluruhan berkaitan peluang perniagaan global, usaha menangani halangan yang dihadapi oleh PKS dan untuk meningkatkan daya saing perniagaan di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web PBS di http://www.putrabusinessschool.edu.my.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment