Friday, October 5, 2018

P&G MENGUMUMKAN "CABARAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF" 2019

Pertandingan Kes Antarabangsa Menawarkan Peluang untuk Menemu bual dengan P&G Melalui Penyelesaian Masalah Perniagaan

CINCINNATI, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Adakah anda seorang pelajar kolej yang mencari suatu persaingan perniagaan bagi mempamerkan kebolehan anda berhubung strategi dan penyelesaian masalah? Sekiranya anda ingin mempamerkan kebijaksanaan dan kemahiran pemikiran kritikal anda di luar kampus kolej pada skala global, maka Cabaran Ketua Pegawai Eksekutif P&G adalah merupakan peluang terbaik. Syarikat Procter & Gamble (P&G) (NYSE: PG) telah membuka peluang untuk aplikasi bagi Cabaran Ketua Pegawai Eksekutif Global mereka yang seterusnya, satu cara kreatif untuk menarik bakat utama ke P&G. Ia mengajak pelajar untuk menunjukkan kemahiran perniagaan mereka dalam beberapa senario dunia nyata, mempamerkan jenis kerja yang boleh mereka lakukan bagi jenama P&G. Sila memohon dengan melayari https://www.pg-ceochallenge.com/. Tarikh akhir adalah berbeza mengikut negara.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181004005056/en/

"Pelajar-pelajar inginkan satu peluang untuk menunjukkan bahawa mereka boleh mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari," kata Ketua Pegawai Eksekutif P&G David Taylor. "Cabaran Ketua Pegawai Eksekutif itu membolehkan anda untuk berbuat demikian. Jika anda mahukan pendedahan kepada jenis-jenis kerja yang anda akan lakukan di P&G ketika mempamerkan kemahiran anda, ini adalah peluang anda."

Cabaran pertama di seluruh dunia pada tahun 2018 telah mencapai kejayaan besar dengan lebih 23,000 orang pelajar dari 40 buah negara yang memohon. Pemenang bagi tahun 2018 adalah pasukan jurutera perindustrian yang kesemuanya terdiri daripada wanita dari Arab Saudi: Linah Hussain, Malak Mously dan Rawan Baik. Mereka telah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif P&G David Taylor di Cincinnati pada musim panas ini, menghadiri Sidang Kemuncak Pemecut SIGNAL tahunan Syarikat itu, dan menerima tawaran pekerjaan dari P&G.

Untuk cabaran 2019 yang dilancarkan sekarang, anda akan dapat melakukan tugasan ke atas satu kajian kes perniagaan bagi Gillette, jenama penjagaan dandanan yang terbesar di dunia. Pertandingan itu merangkumi tiga pusingan: peringkat tempatan, wilayah dan global. Dalam pusingan peringkat tempatan dan wilayah, tugasan pelajar termasuk kajian kes P&G yang sebenar, dan anda diminta untuk membangunkan sebuah strategi perniagaan. Dalam pusingan global, anda akan bersaing di dalam sebuah pensimulasi perniagaan yang memerlukan anda untuk membuat keputusan di dalam syarikat itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Apa yang akan diperolehi oleh pelajar-pelajar?
  • Satu peluang untuk menemu bual dengan P&G melalui penyelesaian masalah perniagaan dunia sebenar, yang berpotensi untuk membawa kepada satu tawaran pekerjaan
  • Satu perjalanan tanggung semua ke lokasi bagi Pertandingan Akhir peringkat Wilayah dan ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu untuk bersaing dalam Pertandingan Akhir Global
  • Pemenang-pemenang rasmi akan dijemput ke ibu pejabat kami di Cincinnati untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin P&G dan Ketua Pegawai Eksekutif David Taylor

Pertandingan Akhir Global akan diadakan di Dubai, UAE dari 20 hingga 24 Mei, 2019.

Maklumat mengenai Procter & Gamble

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com  untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11476

No comments:

Post a Comment