Monday, October 1, 2018

PERTUMBUHAN SERANTAU YANG KUKUH DALAM PERMINTAAN UNTUK PENDIDIKAN PENGURUSAN SISWAZAH

Rantau Asia-Pasifik, Kanada dan Eropah Menyaksikan Keuntungan; Ekonomi Kukuh dan Kegawatan Politik Terus Beri Impak Angka A.S.


RESTON, Va., 1 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Secara keseluruhan, permintaan untuk pendidikan pengurusan siswazah adalah stabil pada tahun 2018 berbanding dengan tahun 2017 menurut dapatan Tinjauan Trend Aplikasi Tahunan dari Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah. Permohonan ke program institut perniagaan di pasaran Asia-Pasifik, Eropah dan Kanada adalah lebih dari tahun 2017 manakala program di Amerika Syarikat melaporkan penurunan dalam jumlah.

Selain jenis program institut perniagaan siswazah—termasuk MBA, sarjana perniagaan, dan program PhD—kebanyakan program di Asia Pasifik, Kanada dan Eropah menerima lebih banyak permohonan berbanding tahun lepas. Pertumbuhan di rantau Kanada dan Eropah sebahagian besarnya diperoleh daripada peningkatan dalam permohonan antarabangsa, sementara pertumbuhan domestik mencetuskan peningkatan di Asia Pasifik.

Pertumbuhan serantau yang kukuh dalam jumlah permohonan merentas semua jenis program telah diimbangi oleh penurunan di Amerika Syarikat.  Program di Asia-Pasifik meningkat 8.9%, Kanada mengalami pertumbuhan 7.7%, dan Eropah dengan kenaikan permohonan sebanyak 3.2% dalam semua jenis program.

Amerika Syarikat mengalami penurunan hampir 7%, termasuk penurunan 1.8% dalam jumlah permohonan domestik dan penurunan 10.5% dalam jumlah antarabangsa untuk semua jenis program.

“Permintaan untuk pendidikan pengurusan siswazah adalah stabil tahun demi tahun,” ujar Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC.  “Walau bagaimanapun, terdapat variasi serantau yang ketara. Program-program bukan A.S. terus berkembang, menonjolkan kemunculan peluang pendidikan dan profesional yang lebih baik di luar Amerika Syarikat.”

“Beberapa faktor dapat membantu menjelaskan kelambatan dalam permintaan institut perniagaan A.S.,” ujar Chowfla lagi.  “Kadar pengangguran yang rendah bermakna profesional muda mempunyai kos peluang yang lebih tinggi untuk meninggalkan pekerjaan mereka dalam mengejar ijazah lanjutan.  Ditambahkan lagi dengan suasana politik Amerika yang mengganggu dan kemunculan peluang pendidikan dan profesional yang luar biasa di luar negara sepanjang dekad yang lalu, seseorang boleh mula memahami sebab permintaan di Amerika Syarikat telah menurun daripada jumlah permohonan rekod yang tinggi di beberapa institut.

Mobiliti Pelajar Kekal Penentu Utama

Keupayaan untuk menarik perhatian calon terbaik bakat antarabangsa terus menjadi penentu penting kepada jumlah permohonan keseluruhan program. Pada tahun ini, 65 peratus program Kanada dan 63 peratus program Eropah melaporkan peningkatan dalam permohonan antarabangsa pada tahun 2017. Kebanyakan permohonan yang diterima oleh program Kanada dan Eropah pada tahun ini adalah daripada pemohon antarabangsa.

Kebanyakan program di Amerika Syarikat dilaporkan permintaan menurun kerana pelajar bukan A.S. terus mengenal pasti peluang pendidikan dan profesional yang menarik di tempat lain. Jumlah permohonan daripada calon domestik untuk program di A.S. juga berkurang pada tahun ini, dengan hanya 4 dalam 10 pertumbuhan laporan dalam jumlah permohonan domestik.

“Akses adalah isu penting yang dihadapi oleh pendidikan tinggi,” ujar Bill Boulding, dekan Sekolah Fuqua Duke University dan pengerusi lembaga pengarah GMAC. “Penunjuk ekonomi di A.S. kuat, tetapi jika kita ingin mengekalkan pertumbuhan dan produktiviti sedemikian kita perlu membolehkan orang dari kawasan dan latar belakang yang berbeza untuk belajar dan bekerja di lokasi yang mereka inginkan. Jika itu tidak berlaku, kita bukan sahaja mengehadkan kemungkinan individu, tetapi juga kemakmuran ekonomi yang berterusan di A.S. dan pertumbuhan di seluruh dunia.”

Program MBA dan Sarjana Perniagaan

Program dua tahun MBA sepenuh masa, masih merupakan jenis program yang paling dituntut. Secara keseluruhan, program MBA dan sarjana perniagaan melaporkan jumlah permohonan yang sama pada tahun 2018 berbanding dengan tahun lepas.

Sebahagian besar program Sarjana Pengurusan dan Sarjana Kewangan Eropah melaporkan pertumbuhan dalam permintaan.  Peluang yang cerah bagi program A.S adalah program Sarjana Analisis Data, sebahagian besarnya melaporkan peningkatan jumlah permohonan tahun ini. Bertentangan dengan trend keseluruhan, lebih banyak program Sarjana Analisis Data AS melaporkan pertambahan permohonan antarabangsa berbanding pertambahan permohonan domestik pada tahun 2018.

Penemuan Penting Tambahan
  • GMAC menjalankan Tinjauan Trend Permohonan tahunan ke-19 dari awal bulan Jun hingga pertengahan bulan Julai 2018.
  • Penemuan tinjauan itu adalah berdasarkan respons daripada 1,087 siswazah program perniagaan di 363 universiti di seluruh dunia.
  • Program yang mengambil bahagian terletak di 44 buah negara, termasuk 43 negeri dan District of Columbia.
  • Program yang mengambil bahagian, termasuk MBA, sarjana perniagaan, dan program peringkat kedoktoran, menerima sejumlah 466,112 permohonan semasa pusingan permohonan 2018.
  • Sembilan dalam 10 program yang mengambil bahagian melaporkan bahawa pemohon tahun ini adalah sama atau lebih layak secara akademik daripada calon tahun lepas.

Mengenai GMAC

Majlis Penerimaan Pengurusan Siswazah (GMAC) adalah sebuah persatuan bukan untung institut perniagaan siswazah terkemuka di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1953, kami komited untuk mewujudkan penyelesaian bagi institut perniagaan dan calon untuk meneroka, menilai dan berhubungan antara satu sama lain dengan lebih baik. Kami bekerja bagi pihak institut dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah, serta membimbing calon-calon dalam perjalanan mereka menuju ke arah pendidikan tinggi, demi memastikan tidak ada bakat yang disia-siakan.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang pembangunan profesional dan penilaian untuk industri, yang direka untuk memajukan seni dan sains kemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Ujian Kemasukan Pengurusan Siswazah® (GMAT®) merupakan penilaian institut perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan, diiktiraf oleh lebih daripada 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuk peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT®), untuk memasuki program pengurusan siswazah di India, Afrika Selatan, dan Filipina, dan Penilaian Eksekutif (EA), direka khusus untuk program Eksekutif di seluruh dunia.

Portal utama kami untuk sumber dan maklumat pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com, menerima 14 juta kunjungan setahun dan menampilkan alat pemadanan Carian Sekolah dan pangkalan data Carian Kemasukan Pengurusan Siswazah Service® (GMASS®), padanan calon dan institut perniagaan.

GMAC ialah organisasi global dengan pejabat di Hong Kong, China, Gurugram, India, Singapura, London, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerja kami, sila lawati www.gmac.com.

Hubungan media:

Geoffrey Basye, Pengarah Hubungan Media, GMAC
+1 (703) 668-9799 atau gbasye@gmac.com

Infographics accompanying this announcement are available at
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a608948c-e577-433e-bd7f-58e3f513f909
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/577b04a2-ef19-4c7b-8ceb-f5e46f11b012


SUMBER : Graduate Management Admission Council

No comments:

Post a Comment