Thursday, October 25, 2018

AHLI SAINS TERBILANG JAMES TILL MENJADI DERMAWAN; MENYUMBANGKAN WANG HADIAH DEMI PENYELIDIK-PENYELIDIK MUDA

TOKYO, 24 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penemu sel stem Prof. James Till, Profesor Emeritus, Universiti Toronto, Kanada yang telah dianugerahkan Hadiah Edogawa Niche 2018 (www.edogawanicheprize.org), bersama-sama oleh Pusat Nichi-In bagi Ubat Penjanaan Semula (NCRM) dan Hospital Jinsei-sha-Edogawa, Tokyo, Jepun, telah menyumbangkan wang hadiah beliau sebanyak Satu juta Yen Jepun untuk mewujudkan satu geran perjalanan yang akan dinamakan sebagai "Geran Perjalanan Joyce dan James Till". Geran ini akan menyokong perjalanan dan keperluan lain yang berkaitan bagi sarjana muda dari negara-negara membangun untuk mengambil bahagian di dalam acara NICHE NCRM pada masa hadapan dari tahun 2019.

Kuiz Piala Fujio (FCQ) mengenai sel stem dan ubat penjanaan semula adalah satu acara menambahkan pengetahuan aktif bagi NCRM NICHE, yang diadakan pada setiap tahun pada Oktober sejak tahun 2006. Perwakilan FCQ dipilih melalui tiga peringkat ujian yang sangat kompetitif; satu secara dalam talian, satu lagi melalui tugasan dan satu kuiz praakhir di tapak yang disertai oleh pelajar dari pelbagai bidang sains yang berkaitan dengan ubat penjanaan semula dari seluruh dunia. Dalam Edisi XIII bagi FCQ itu yang diadakan pada 21 Oktober 2018 di Institut Shibaura, Tokyo, pasukan yang mewakili Institut Teknologi Bandung, Indonesia yang terdiri daripada Grace Aprilia Helena dan Tommy Octavianus Soetrisno Tjia muncul sebagai pemenang bagi FCQ 2018. Dalam memberikan hadiah kepada pasukan yang menang itu, Piala Fujio yang berprestij itu, Dr Shojiro Katoh (Presiden, Hospital Edogawa) berkata bahawa organisasi mereka akan terus menyokong aktiviti pendidikan seperti itu. Acara itu telah disertai oleh Prof. Masaru Iwasaki (Naib Presiden, Universiti Yamanashi, Jepun) dan Dr Ian Gallicano, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, yang menyatakan bahawa penyertaan di dalam acara menambahkan pengetahuan aktif ini akan meningkatkan nilai kepada profil pelajar-pelajar itu. Ramai pelajar selepas melawat ke institut-institut utama di Tokyo yang terlibat di dalam penyelidikan perubatan penjanaan semula menyatakan minat mereka di dalam melanjutkan pelajaran mereka di Jepun.

Pada April 2019, apabila pendaftaran bagi NCRM NICHE 2019 dibuka, garis panduan untuk Geran Perjalanan Joyce dan James Till akan diumumkan dan boleh didapati di URL: www.ncrmniche.org

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11538

No comments:

Post a Comment