Tuesday, October 16, 2018

Program sehari perancangan asas kewangan dibuka secara percuma kepada orang ramai

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) – Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) akan menganjurkan program pengurusan asas kewangan secara percuma pada 27 Okt ini di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, buat mereka yang berminat.

Program itu dianjurkan bersama dengan pelbagai institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit serta Pentadbir Pencen Swasta.

Program itu diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai inisiatif pendidikan pelabur di bawah InvestSmart.

MFPC baru-baru ini, menerima anugerah daripada Suruhanjaya Sekuriti di Festival InvestSmart 2018 bagi kategori "Inisiatif Pendidikan Pelabur & Memudahkan Pertumbuhan Pelaburan".

Presiden MFPC, Michael Kok Fook On berkata, anugerah tersebut mencerminkan usaha pihaknya dalam meningkatkan kepentingan pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian.

"Saya percaya, celik kewangan harus bermula pada usia paling muda bagi memastikan keputusan jangka panjang yang positif dalam masa terdekat,” katanya.

Peserta yang aktif mengambil bahagian dalam program tersebut berpeluang untuk membawa pulang IPAD dan telefon OPPO dan lain-lain.

Untuk mendaftar, lawati https://1st.mfpc.org.my/PublicEventRegistration/55.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment