Friday, October 5, 2018

Agenda Agro Sabah singkap peluang niaga

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Agrobank akan mengadakan program ‘Agenda Agro’ di Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Oktober ini bagi berkongsi maklumat terkini berkenaan sektor pertanian kepada usahawan tani yang ingin melebarkan sayap perniagaan.

Agrobank dalam satu kenyataan hari ini berkata program itu bertujuan untuk menyokong inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi membuka pelbagai peluang dalam sektor pertanian dan industri asas tani.

Penganjuran program yang memasuki kali ketujuh itu merupakan antara inisiatif Agrobank dalam menempatkan bank tersebut sebagai institusi kewangan yang releven dan menjadi rujukan utama dalam pelbagai perkara berkaitan pertanian. 

Program yang akan mengupas topik dan info terbaru mengenai industri pertanian itu dijangka menjanjikan sesuatu yang bermanfaat kepada komuniti pertanian yang hadir.

Agenda Agro telah dianjurkan di beberapa negeri seperti Perlis, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment