Thursday, October 11, 2018

DELOS DAN EDGE TECHNOLOGIES BEKERJASAMA UNTUK MEMAJUKAN LAGI SISTEM PENGURUSAN BANGUNAN YANG SIHAT DAN PINTAR

MUNICH, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EDGE Technologies dan Delos hari ini mengumumkan mengenai satu kerjasama untuk menerokai penyatuan platform dan keupayaan mereka masing-masing ke arah memajukan lagi penggunaan sistem pengurusan bangunan yang sihat dan pintar untuk bangunan komersial. DARWIN Wellness Intelligence keluaran Delos, yang digandingkan dengan platform teknologi bangunan serba lengkap EDGE Technologies, mempunyai potensi untuk memberikan penyatuan data, analisis data dan pengoptimuman ruang tepat masa yang paling komprehensif untuk memberikan manfaat kepada pengguna dan pemilik dalam industri hartanah komersial.
 
Pemangkin bagi kerjasama yang menarik ini adalah sebahagiannya didasarkan pada pengiktirafan bahawa satu era baharu bagi pengguna bangunan, penyewa perusahaan, pemilik tanah, dan pengendali menuntut agar data digunakan dengan bijak untuk mentafsirkan semula dan meningkatkan pengalaman penghuni. EDGE Technologies dan Delos menjangkakan bahawa usaha kerjasama mereka akan membawa kepada projek perintis awal bagi sebuah platform bersepadu EDGE-DARWIN dalam projek bangunan komersial terpilih seawal pertengahan tahun 2019. Inisiatif teknologi dan data berpengetahuan yang komprehensif ini akan termasuk pengoptimuman sentrik manusia terhadap udara, cahaya, akustik dan lain-lain sifat bangunan dan manusia yang mempunyai impak yang tinggi untuk meningkatkan prestasi bagi orang dan dengan perniagaan itu.
 
"Walaupun kebanyakan sejarah manusia dihabiskan di luar, kita kini menghabiskan hampir 90% daripada masa kita di dalam bangunan, dan melabur 90% daripada perbelanjaan perniagaan kita untuk orang ramai, namun kita jarang memberi tumpuan kepada impak alam sekitar di dalam bangunan terhadap kesihatan, kesejahteraan dan prestasi perniagaan kita secara keseluruhan. Melalui penyelidikan saintifik yang meluas, ujian dan analitik data dunia sebenar, kita boleh mengurangkan pencetus alam sekitar, dan mempengaruhi tingkah laku yang lebih sihat di dalam persekitaran kerja kita untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal dan juga emosi, dan memacukan produktiviti," kata Ketua Pegawai Operasi dan Presiden Delos Peter Scialla. “Platform DARWIN oleh Delos dengan kerjasama EDGE Technologies akan menggabungkan ciri-ciri dan teknologi kesihatan dan kesejahteraan ke dalam pejabat untuk membawa manfaat bagi keadaan semula jadi yang terdapat di luar ke dalam bangunan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan EDGE Technologies bagi menggabungkan teknologi kesejahteraan ke dalam persekitaran tempat kerja yang pelbagai."
 
"Selama lebih satu dekad, kami telah berjaya menguatkuasakan amalan mampan di dalam persekitaran yang terbina. Selaras dengan itu, secara semula jadi satu trend baharu berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini -- di samping bangunan cekap tenaga yang mampan, pengguna kita ingin bekerja dan menjalankan perniagaan di dalam persekitaran yang sihat. Kini, kesejahteraan adalah keutamaan nombor satu untuk kebanyakan perniagaan," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi EDGE Technologies Coen van Oostrom. "Inilah sebabnya mengapa kami sentiasa mensasarkan tahap paling tinggi bagi program Persijilan WELL di International WELL Building Institute, untuk projek-projek kami, seperti pembangunan semula kemegahan kami EDGE Olimpik di Amsterdam dan EDGE Grand Central di Berlin. Kami melihat perkongsian pengetahuan yang berkuasa ini dengan Delos sebagai satu kesinambungan bagi usaha-usaha ini dan merupakan satu langkah utama ke arah melaksanakan ciri-ciri kesihatan dan kesejahteraan ke dalam bangunan-bangunan EDGE yang ada sekarang dan untuk masa hadapan."
 
Delos baru-baru ini telah melancarkan platform DARWIN Wellness Intelligence mereka untuk rumah kediaman dan bangunan berbilang keluarga, dan kerjasama ini telah mewujudkan penerapan pertama bagi platform itu kepada perkhidmatan hartanah komersial. EDGE Technologies adalah sebuah peneraju pasaran di dalam generasi baharu bagi bangunan yang sihat dan mampan yang berteknologi tinggi. Bersama-sama dengan kedua-dua pemimpin industri ini akan menyiasat dan mencipta persekitaran fizikal (udara, air, cahaya, keselesaan, bunyi) dan memaklumkan pilihan-pilihan tingkah laku (pemakanan, pergerakan, interaksi peribadi) untuk meningkatkan prestasi orang ramai di bangunan komersial yang baharu dan yang sedia ada.
 
Maklumat mengenai Delos
 
Delos adalah sebuah syarikat hartanah kesejahteraan dan teknologi yang mengubah kehidupan orang ramai di seluruh dunia dengan mewujudkan ruang kediaman dan komersial yang direka untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan prestasi. Berpengetahuan menerusi tujuh tahun penyelidikan dan analisis yang ketat terhadap impak kesihatan alam sekitar terhadap orang ramai, Delos dan sekutunya menawarkan pelbagai teknologi yang berinovatif, perundingan dan penyelesaian reka bentuk untuk ruang kediaman dan komersial. Anak syarikat milik sepenuhnya Delos, International WELL Building Institute pbc, menyampaikan WELL Building Standard™, iaitu standard utama bagi bangunan, ruang dalaman dan komuniti yang ingin melaksanakan, mengesahkan dan mengukur ciri-ciri yang menyokong dan memajukan kesihatan dan kesihatan manusia. Lembaga penasihat Delos terdiri daripada profesional terkemuka yang merentasi hartanah, dasar kerajaan, perubatan dan kemampanan, termasuk tokoh terkenal Deepak Chopra dan penyokong kemampanan Leonardo DiCaprio. Untuk maklumat lanjut mengenai Delos, sila layari www.delos.com.
 
Maklumat mengenai EDGE Technologies
 
EDGE Technologies adalah sebuah syarikat teknologi hartanah, yang berusaha untuk membangunkan bangunan yang unggul yang secara aktif menyumbang kepada kesihatan orang ramai dan dunia. Kami menggabungkan pengalaman kami yang berdekad lamanya di dalam industri hartanah dan teknologi. Pasukan kami komited untuk menjadikan persekitaran yang dibina lebih hijau, lebih pintar dan lebih sihat dengan satu pendekatan yang berpusatkan pengguna. EDGE Technologies dimiliki oleh OVG Real Estate, dan mempunyai pejabat di Amsterdam, Berlin, Hamburg dan New York, dan menggabungkan sebuah platform operasi yang dipacu oleh teknologi yang menyampaikan bangunan dan penyelesaian yang terbaik bagi pelanggan yang bercita-cita tinggi di seluruh dunia.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181010005168/en/
 
Hubungi
 
EDGE Technologies
Frank Jansen
fj@edge.tech
edge.tech
atau
Bagi pihak Delos
Amelise Lane, 212-546-7830
alane@webershandwick.com
 
Sumber : Delos
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment