Wednesday, October 10, 2018

UNICAR THERAPY DAN TERUMO BCT BEKERJASAMA UNTUK MELANJUTKAN TERAPI SEL T CAR DAN MENCIPTA CENTER OF EXCELLENCE SHANGHAI, CHINA

LAKEWOOD, Colo., 10 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Shanghai UniCAR-Therapy Bio-Medicine Technology Co. memilih Terumo BCT dan peranti pertambahan sel untuk mengautomasikan proses pengilangan terapi selnya untuk terapi sel T penerima antigen kimera (CAR). Syarikat swasta, UniCAR akan membuka Center of Excellence untuk teknologi Terumo BCT di Shanghai pada November.

Terumo BCT ialah peneraju global dalam teknologi komponen darah, aferesis terapi dan terapi sel. Syarikat tersebut menyediakan penyelesaian fleksibel untuk pembangun dan pengilang sel T CAR, termasuk Quantum® Cell Expansion System, yang digunakan di UniCAR hari ini.

“Berbanding kaedah pertambahan sel manual, kami menjimatkan masa dan meningkatkan kualiti sel dan virus menggunakan sistem Quantum,” kata Dr. Yu Lei, perintis dalam bidang terapi gen dan Ketua Pegawai Eksekutif UniCAR. “Amat sesuai sekali untuk berkongsi amalan terbaik dan menunjukkan teknologi yang mendorong inovasi dalam industri ini.”

Pada tahun 2018, UniCAR menghantar empat permohonan untuk calon ubat sel T CAR sebagai ubat percubaan baharu (IND) ke Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan China (NMPA). Teknologi CAR T2.0 UniCAR yang canggih direka untuk mengurangkan kesan sampingan rawatan dan meningkatkan penyembuhan pesakit.

“Sains dan perkembangan dalam terapi sel dan gen sedang berevolusi dengan pesat. UniCAR dan Terumo BCT berada di hadapan landskap ini,” Kata Cindy Ng, Naib Presiden Kanan, Komersial Global, Terumo BCT. “Kerjasama kami berpotensi untuk meningkatkan kehidupan ramai pesakit.”

Di samping mengautomasikan pengilangan pertambahan sel dengan sistem Quantum, Terumo BCT terus memberikan perkhidmatan bertaraf tinggi untuk menyokong inovasi pelanggannya. Finia® Fill and Finish System, salah satu teknologi terbaru yang sedang dibangunkan direka untuk mengautomasikan langkah terakhir pemprosesan sel yang merangkumi penyejukan, campuran dan alikuot dos terapi sel. COBE® Spectra Apheresis System dan Spectra Optia® Apheresis Systemmilik syarikat tersebut digunakan secara meluas dalam industri untuk mengumpul sel darah putih berkualiti tinggi, yang merupakan langkah pertama dalam terapi sel T CAR.

Perihal UniCAR

UniCAR Therapy yang bertapak di China adalah peneraju dalam industri imunoterapi kanser. Syarikat tersebut bekerjasama dengan hospital bertaraf tinggi yang mengkhusus dalam kemalignanan hematologi, termasuk leukimia, limfoma dan mieloma berbilang. Sehingga kini, lebih daripada 400 pesakit telah mendapat manfaat daripada produk imunoterapi UniCAR. Syarikat ini memiliki lebih daripada 30 paten teknologi sel T CAR dan mengkhusus dalam penggunaan meluas terapi sel T CAR generasi seterusnya yang lebih berkesan dan selamat.

Perihal Terumo BCT

Terumo BCT, peneraju global dalam teknologi komponen darah, aferesis terapi dan terapi sel adalah syarikat yang mempunyai gabungan unik koleksi aferesis, pemprosesan darah manual dan automatik serta teknologi pengurangan patogen. Kami percaya bahawa darah mampu membantu pesakit dengan lebih lagi berbanding hari ini. Keyakinan ini mengilhamkan inovasi kami dan mengukuhkan kerjasama dengan pelanggan.

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8b1e5016-b87b-46e1-b0a2-05d0d79096c7

Hubungan Media
Terumo BCT
Bradley Hein 
+1.303.542.5396
press@terumobct.com

UniCAR Therapy
Kang Li Qing
+86 13162512992
liqing.kang@unicar-therapy.com

SUMBER : Terumo BCT

No comments:

Post a Comment